Thursday, September 23, 2010

optimum VS maksimum

Salam Syawal 1431. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ramadhan pada tahun ni n sekaligus dpt merayakan Eid Mubarak bersama yg tersayang. Dam Dam Dum Raya! Raya kali ni mesti meriah gak kan. Adat org Melayu, sebulan Syawal, sebulan la beraya. Memang beraya sakan. Open house sana sini sepanjang bulan. Kadang2 tu, Syawal dah ucap slmt tinggal tp open house sempena raya still ada. Ni buktinya rakyat Malaysia semangat bila menyambut hari kemenangan ini.Tapi betul ke kita betul2 semangat ek?

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.



Nah. Raya2 gak. Peluang keemasan yg Allah kurniakan buat kita umat Islam ni jgn dilepaskan.Untuk mencapai kesempurnaan ibadah tak hanya dgn melakukan ibadah2 fardhu. Rebutlah ganjaran kebaikan melalui amalan2 sunat untuk menampung cacat cela ibadah fardhu kita. Sepanjang Ramadhan, Allah dh buka pintu kebaikan seluas-luasnya. Sepanjang Syawal juga  Allah buka peluang utk hamba2Nya perlengkapkan amalan2 sepanjang Ramadhan.Tapi apakah kita betul2 mnfaatkan peluang ini? Sudahkan kita optimumkan peluang yg maksimum? Tepuk dada tanya iman. Esok belum tentu milik kita. Setiap amal yg dilakukan pasti kita harapkan akan diterima Yang Maha Pengasih. Tak guna kita beramal secara maksima setiap hari tp hakikatnya tak mencapai tahap optima. Apa beza maksima n optima? Fikir2kanlah. 


Istimewa buat

keluarga tercinta
sahabat2 seperjuangan
guru2 n rakan2:-


# Pasti Berangan,
 #SK Kampong Laut
SK Berangan 1
#SMKA Naim Lilbanat
#Asasi Sains UiTM Shah Alam (esp GroupM)
#dak2 kolej Melati
#buat dak2 Mesir (esp dak medic zgzg) n kpd teman2 yg mengenali daku...


daku ingin mohon maaf atas sgala kekhilafan, keterlanjuran bicara mahupun tingkah laku, termengata, terlanjur janji tp masih tak tertunai, terpinjam bende2 n ape2 jew lah. Maaf zahir batin. Kullu sanah wa antum bikhair.
-Shakirah Yaacob-

Followers