Saturday, September 15, 2012

Keberkatan Ilmu


Syukur walhamdulillah kerana kita masih lagi dikurniakan nafas dalam Iman dan Islam untuk menghirup udara Yang Maha Pemberi Nikmat. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan, maka nikmat manakah lagi yang ingin didustakan?
Akal cerdas dan sihat juga antara anugerah terindah daripada Sang Khaliq kepada kita hambaNya.  Namun, adakah kitaundefined telah benar-benar bersyukur dengan pemberian ini? Al – Imam Syafie r.a di dalam salah satu bait syairnya menyuruh supaya takbir 4 kali (isyarat untuk solat jenazah) kepada mereka yang malas menuntut ilmu. Nah! Betapa besarnya tuntukan menuntut ilmu kepada kita memandangkan hanya kita satu-satunya makhluk yang ada akal.
Ukuran ilmu bukan semata-mata pada tingginya CGPA atau pada tingginya pangkat yang disandang. Ketinggian ilmu seseorang boleh dilihat pada tingginya akhlak. Sedarlah bahawa ilmu itu suci, ibarat cahaya yang terang. Takkan hadir pada hati yang penuh kotor dengan maksiat, telap dan gelap tidak bersinar. Tidak dinafikan, ada saja manusia yang berjaya walaupun adab pada guru tidak dijaga. Ada saja yang cemerlang walaupun menipu, meninggalkan solat, melanggar hukum-hukum Allah. Bagaimana mereka boleh berjaya jika ilmu tiada berkat?
Sahabat sekalian,
undefinedKeberkatan dan kejayaan itu sesuatu yang berbeza. Keberkatan tidak ternilai dengan mata kasar. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar paling cemerlang , tapi kerana tiada keberkatan, ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung tidak membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. Berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat. Apa yang lebih membimbangkan adalah kejayaan yang dikecapi itu hanyalah istidraj daripada Allah SWT. Moga Allah jauhkan kita daripada golongan ini.
Mumtaz  itu penting, kerja yang bagus juga penting. Masakan Islam akan dipandang tinggi jika umatnya adalah umat yang mundur dan gagal. Tetapi dalam mengejar kejayaan dunia, biarlah usaha kita seiring dengan redha Allah. Matlamat tidak perah menghalalkan cara. Biar lambat asalkan berkat. Tambahan pula kita semua bakal terjun ke medan kerja yang hari-harinya hanya perkiraan tentang nyawa manusia yang dipinjamkan Allah SWT. Biarlah ilmu yang kita kutip sepanjang musafir kita ini betul-betul bermanfaat kepada manusia sekeliling, baik dari segi fizikal mahupun rohaninya. Saya tertarik untuk kongsikan beberapa cara ringkas untuk mencari keberkatan ilmu. Sangat biasa diamalkan, namun kadang-kadang kita alpa kerana terlalu inginkan kejayaan dunia.
  1. Niat belajar kerana Allah s.w.t. Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.
  2. Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan, dan jangan lupa untuk diri sendiri.
  3. Jaga ibadat setiap masa samada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
  4. Tawakkal kepada Allah s.w.t semasa berusaha dan selepas berusaha. Jangan sesekali berniat atau cuba untuk meniru dalam peperiksaaan kerana ia sangat mencacatkan tawakkal kita kepadaNYA.
Kita sungguh-sungguh kejar ilmu bukan untuk menjadi terbaik di mata manusia. Ingatlah! Menjadi pelajar dan pekerja terbaik pada nilaian Allah pasti tidak ternilai anugerahnya.
Wallahua’lam.

Monday, August 20, 2012

selamat kembali ke dunia blogger!

Bismillah.
Selamat kembali ke dunia blogger wahai MIND BOOSTER!! =)
setelah sekian lama pu3 tinggal blog ni sendiri, akhirnya tgn ni rajin gak nk 'penyek' keyboard nk type post..huhu
mmg  btol2 bersarang dah blog ni.. kesian, kalo la pnya ia perasaan, mmg dh merajuk..
Selalu teringat + teringin nk menulis, tp tak tau la nape susoh beno nk update post.. haiishh.. tlg la jgn contohi perangai ni T___T. buat sesuatu tu kena la istiqamah yer sahabat2 (baca : pu3) !! I.S.T.I.Q.A.M.A.H.

Kalau tau bukan rajin sgt nak menaip, kenapa buat blog??
haaaa, soklan ni best kot nk jawab. selalu jer kena tny..huhu.. Almaklumlah, sgt2 [kerap] buat post.. dush3.

Penulisan adlh salah satu benda yg akan kekal. Penulisan yg baik , insyaAllah pahala kebajikan tu akan trus mengalir kpd penulisnya. Amal dah la tak banyak, buat blog pun hrp2 dpt pahala kalo kena dgn caranya. Betul tak?? walaupun tahu bukan ramai pun yg baca or view post blog, tp at least better than none :D Ilmu mmg tak banyak, tapi kita tak tau, bahagian mana dr perkongsian kita yg blh menyentuh hati2 yg dambakan kebaikan. Oleh itu, sesape yg rasa2 Allah anugerahkan nikmat kebolehan berkarya/menulis, manfaatkanlah sebaiknya. Gunakanlah nikmat yg diberi sbgai salah satu cara bersyukur.

 بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat" [HR Bukhari]

Jadikan penulisan sbgai salah satu kunci utk kita gapai redha Yang Maha Esa. Rajin2kan diri berkongsi , mne la tau, amal yg kecik ni lah yg Allah tngok . Mne la tau, amal yg tak seberapa ni lah yg jd modal utk kita beli tiket Al-Jannah. Jarang2 berkongsi lbh baik dr langsung tak berkongsi kan?? :D Jadikan semangat para alim ulamak, yg xjemu hasilkan kitab2 sebagai inspirasi kita!

"Semua penulis akan meninggal. Hanya karya2nya lah yg akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yg akan membahagiakanmu di akhirat nanti" [Saidina Ali b Abi Thalib]


Sunday, June 5, 2011

Story Of My Life


وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادته سيدخلون جهنم داخرين
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdo’alah kamu kepadaku niscaya akan Ku perkenankan bagimu’. Sesungguhnya, orang-orang yang enggan untuk beibadah kepadaKu pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (QS. Ghafir: 60).

ALHAMDULILLAH! Rasa teruja nk mulakan post kali ni dgn lafaz puji buat DIA YG SATU. Pu3 tau sana sini, kebanyakan kita (students) sedang sibuk dgn imtihan(exam) . Ada yg baru jer lps exam, ad yg baru jer dpt result, ad yg masih berjaga siang mlm demi EXAM! Hurm, sebut pasal exam, jarang2 org suka exam. Same as me. huhu. Tapi nasib baik la ad exam kan, baru tau bukan senang nk bjaya. Ni baru imithan dunia tau! imtihan akhirat belum rasa lagi.

Today baru rasa blh bnafas normal sikit sebab dah abis 1 killer subject. huhu. Alhamdulillah yaa rabb! Campur tangan Allah btul2 di luar jangkaan. Tak siapa dapat tau rezeki kita kan? Benar, kadang2 kita stdy bagai nk rak, x engt dunia dh, tidur entah ke mana, makan  tak terurus, bilik bersepah. Tapi dapat result still biasa2 jer. Ada plak golongan ni, main pun bnyk, sembang pun bnyk, stdy ciput jer, tp result pun biasa2 gak, xkurang jugak yg jauh lebih cemerlang dr golongan kaki stdy. Ada gak golongan yg asyik busy memanjang, kerja persatuan xpernah habis, masalah umat datang xhenti-henti, stdy bila sempat jer. kadang2 tngok mcm xde waktu pun utk diri sendiri. Tapi result still cemerlang! tak adil??! Ada hak ke kita  nk persoal ADILnya ALLAH? Semua tu rezeki dr Allah yg dah tertulis utk hamba2Nya megikut kadar yg tlh ditetapkan.

وعلى الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين

‘Dan hanya kepada Allah-lah kamu betawakkal, jika kamu benar-banar orang yang beriman.” (QS. Al-Maidah : 23)


Kerja kita hanya berusaha semaksimum mungkin, kemudian bertawakkallah!! Kerana kunci kejayaan org2 beriman ada pada tawakkalnya. Pernah dulu, keluar jer dewan exam, seorang teman pu3 mengeluh, 

"Saya dah struggle siang malam, masuk exam tu mmg tawakkal gler2 dh. Tp knapa sy still tak dapat jawab dgn baik?? Sedih sangat2 lah." pu3 hanya mampu tersenyum. tak berani mengulas lanjut.

Kalau kamu, apa kamu nk jawab?? pernah terfikir tak? Jawapan pu3 senang. Andai perang Badar Allah blh bg kemenangan besar pada ISLAM walau pd logik akal, keadaan itu agak mustahil. Menang mereka kerana saat itu TAWAKKAL kpd Allah sudah menguasai diri bersama iman yg makin kental! Benar, kita bukanlah sedang berperang di medan tempur. Tapi mengapa tidak konsep tawakkal mereka yg kita pegang? Kita senang mengaku yg kita dh tawakkal pd Allah, tp sejauh manakah tawakkal kita? sebelum masuk dewan exm,sudah bertawakkal kononnya. tp still ada ragu sama ada kita blh jwb x exam kali ni?? betul tak? ni hanya satu contoh ringkas. Hanya kita tau bicara minda kita. Sungguh, nk capai darjat btul2 tawakkal mmg susah. Bg pu3 susah jiddan bg tahap iman kita as mnusia biasa. Tapi andai kita berjaya berpaut pada tawakkal yg sebenar-benarnya, janji Allah tak kan pernah dusta, di sana pasti ada pertolonganNya. Mcm mne tu wallahu`alam:)

Tapi jika hari ni kita masih xditakdirkan untuk genggam kejayaan, la tahzan! kejayaan itu pasti datang, cuma cepat atau lambat jer.  kurang berjaya hari ni kerana Allah masih sayangkan kita, masih mahu bagi kita cobaan moga diri kita makin hampir padaNya. Cuma engt satu, NEVER GIVE UP!! :) setiap usaha kita pasti dibalasNYA. YAKINLAH.. PERCAYALAH..


p/s : coretan ni hanya sekadar pndangn seorang insan dhaif, If salah sila tegur.. Syukran:) jom layan lagu nih..hehe


So staring at the wall
Feeling ten feet small
It's like the world is on your shoulders
Now nothing's making sense
You just wanna quit
You runaway but you just don't know
How to feel what is real
You're not alone


Everybody falls, everybody cries
Everybody feels like a nobody sometimes
You get up again, give it one more try
Everybody's got what it takes on the inside
Story of your life, story of your life
It's the story of my life



Then, sometimes you got to crawl
Before you start to walk
I'll be there
I've had my rainy days
You try to keep up a smile
You go the extra mile
You run the race no matter where your place
You know which way to go so turn the page



Everybody falls, everybody cries
Everybody feels like a nobody sometimes
You get up again, give it one more try
Everybody's got what it takes on the inside
Story of your life, story of your life
It's the story of my life



It's hard to be strong
No right seems wrong
And nobody hears what you say
So don't be afraid
Hold on to your faith
I swear to you there will be better days



So staring at the wall
Feeling ten feet small
It's like the world is on your shoulders



Everybody falls, everybody cries
Everybody feels like a nobody sometimes
You get up again, give it one more try
Everybody's got what it takes on the inside

Everybody falls (Everybody falls), everybody cries (everybody cries)
Everybody feels like a nobody sometimes
You get up again, give it one more try
Everybody's got what it takes on the inside
Story of your life, story of your life
It's the story of my life


 

Sunday, May 15, 2011

Ibu Yang sekuat 1000 Lelaki

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, 

” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,
“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh,
 “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, 

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, 
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,
" Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, 

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,

”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, 

seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin. Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
Rujukan dari sebuah majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”

Andhika Al-Banjari Mtp



buat perindu cinta ilahi..
sOrg serikandi agama itu berjiwa bebas;
xsempit n xpula menyempitkan
namun di sekelilingnya tegak duri2 yg mampu mnjaga diri
sOrg serikandi itu kental..lasak
namun sisipan rindunya, sygnya, cintanya..
kelembutannya, mmg bisa mendamaikan hati yg gersang
mengembalikan bhgia yg hilang.
sOrg serikandi agama itu..
matlamatnya jelas!
berjuang bukan sekadar pd kata n tindakan
tp perjuangan itu menjadi sebahagian dr hidupnya n niat kerjanya
n yg plg penting,, dia tau n berusaha..
agar ALLAh CINTA PADANYA..

p/s : syukran awi2 buat my beloved umi wa abi.. tegar mendidik anak2 yg nakal, yg akhirnya jadi kami sprti hari ini.. sayang umi, rindu umi, sayang abi, rindu abi T_T

Wednesday, May 4, 2011

buat pemuda IsLam



Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.

Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.


Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 


”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya..... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”



Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang maksudnya: 


”Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”



Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah yang bermaksud: 




”Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.”




Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:




“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”




Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:




“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”




Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:




“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”


Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam. 

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.

Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. 

Kamu semua mengetahui –wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya:

“Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada 
kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

Followers