Saturday, September 15, 2012

Keberkatan Ilmu


Syukur walhamdulillah kerana kita masih lagi dikurniakan nafas dalam Iman dan Islam untuk menghirup udara Yang Maha Pemberi Nikmat. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan, maka nikmat manakah lagi yang ingin didustakan?
Akal cerdas dan sihat juga antara anugerah terindah daripada Sang Khaliq kepada kita hambaNya.  Namun, adakah kitaundefined telah benar-benar bersyukur dengan pemberian ini? Al – Imam Syafie r.a di dalam salah satu bait syairnya menyuruh supaya takbir 4 kali (isyarat untuk solat jenazah) kepada mereka yang malas menuntut ilmu. Nah! Betapa besarnya tuntukan menuntut ilmu kepada kita memandangkan hanya kita satu-satunya makhluk yang ada akal.
Ukuran ilmu bukan semata-mata pada tingginya CGPA atau pada tingginya pangkat yang disandang. Ketinggian ilmu seseorang boleh dilihat pada tingginya akhlak. Sedarlah bahawa ilmu itu suci, ibarat cahaya yang terang. Takkan hadir pada hati yang penuh kotor dengan maksiat, telap dan gelap tidak bersinar. Tidak dinafikan, ada saja manusia yang berjaya walaupun adab pada guru tidak dijaga. Ada saja yang cemerlang walaupun menipu, meninggalkan solat, melanggar hukum-hukum Allah. Bagaimana mereka boleh berjaya jika ilmu tiada berkat?
Sahabat sekalian,
undefinedKeberkatan dan kejayaan itu sesuatu yang berbeza. Keberkatan tidak ternilai dengan mata kasar. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar paling cemerlang , tapi kerana tiada keberkatan, ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung tidak membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. Berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat. Apa yang lebih membimbangkan adalah kejayaan yang dikecapi itu hanyalah istidraj daripada Allah SWT. Moga Allah jauhkan kita daripada golongan ini.
Mumtaz  itu penting, kerja yang bagus juga penting. Masakan Islam akan dipandang tinggi jika umatnya adalah umat yang mundur dan gagal. Tetapi dalam mengejar kejayaan dunia, biarlah usaha kita seiring dengan redha Allah. Matlamat tidak perah menghalalkan cara. Biar lambat asalkan berkat. Tambahan pula kita semua bakal terjun ke medan kerja yang hari-harinya hanya perkiraan tentang nyawa manusia yang dipinjamkan Allah SWT. Biarlah ilmu yang kita kutip sepanjang musafir kita ini betul-betul bermanfaat kepada manusia sekeliling, baik dari segi fizikal mahupun rohaninya. Saya tertarik untuk kongsikan beberapa cara ringkas untuk mencari keberkatan ilmu. Sangat biasa diamalkan, namun kadang-kadang kita alpa kerana terlalu inginkan kejayaan dunia.
  1. Niat belajar kerana Allah s.w.t. Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.
  2. Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan, dan jangan lupa untuk diri sendiri.
  3. Jaga ibadat setiap masa samada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
  4. Tawakkal kepada Allah s.w.t semasa berusaha dan selepas berusaha. Jangan sesekali berniat atau cuba untuk meniru dalam peperiksaaan kerana ia sangat mencacatkan tawakkal kita kepadaNYA.
Kita sungguh-sungguh kejar ilmu bukan untuk menjadi terbaik di mata manusia. Ingatlah! Menjadi pelajar dan pekerja terbaik pada nilaian Allah pasti tidak ternilai anugerahnya.
Wallahua’lam.

Monday, August 20, 2012

selamat kembali ke dunia blogger!

Bismillah.
Selamat kembali ke dunia blogger wahai MIND BOOSTER!! =)
setelah sekian lama pu3 tinggal blog ni sendiri, akhirnya tgn ni rajin gak nk 'penyek' keyboard nk type post..huhu
mmg  btol2 bersarang dah blog ni.. kesian, kalo la pnya ia perasaan, mmg dh merajuk..
Selalu teringat + teringin nk menulis, tp tak tau la nape susoh beno nk update post.. haiishh.. tlg la jgn contohi perangai ni T___T. buat sesuatu tu kena la istiqamah yer sahabat2 (baca : pu3) !! I.S.T.I.Q.A.M.A.H.

Kalau tau bukan rajin sgt nak menaip, kenapa buat blog??
haaaa, soklan ni best kot nk jawab. selalu jer kena tny..huhu.. Almaklumlah, sgt2 [kerap] buat post.. dush3.

Penulisan adlh salah satu benda yg akan kekal. Penulisan yg baik , insyaAllah pahala kebajikan tu akan trus mengalir kpd penulisnya. Amal dah la tak banyak, buat blog pun hrp2 dpt pahala kalo kena dgn caranya. Betul tak?? walaupun tahu bukan ramai pun yg baca or view post blog, tp at least better than none :D Ilmu mmg tak banyak, tapi kita tak tau, bahagian mana dr perkongsian kita yg blh menyentuh hati2 yg dambakan kebaikan. Oleh itu, sesape yg rasa2 Allah anugerahkan nikmat kebolehan berkarya/menulis, manfaatkanlah sebaiknya. Gunakanlah nikmat yg diberi sbgai salah satu cara bersyukur.

 بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat" [HR Bukhari]

Jadikan penulisan sbgai salah satu kunci utk kita gapai redha Yang Maha Esa. Rajin2kan diri berkongsi , mne la tau, amal yg kecik ni lah yg Allah tngok . Mne la tau, amal yg tak seberapa ni lah yg jd modal utk kita beli tiket Al-Jannah. Jarang2 berkongsi lbh baik dr langsung tak berkongsi kan?? :D Jadikan semangat para alim ulamak, yg xjemu hasilkan kitab2 sebagai inspirasi kita!

"Semua penulis akan meninggal. Hanya karya2nya lah yg akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yg akan membahagiakanmu di akhirat nanti" [Saidina Ali b Abi Thalib]


Followers