Thursday, August 12, 2010

CINTA..tidak harus memiliki

"Cintakan bunga, bunga kan layu
cintakan manusia, manusia kan mati
cintakan harta, harta kan hilang
cintakan Allah, kekal abadi selamanya"

Kisah 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 2:
Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…
Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.
Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 3:
Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.
Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….
Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:
Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.
Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”
Maka bergetarlah langit..“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)
Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
Cinta memang tak harus memiliki…
Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah
Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!
Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..

Sunday, August 8, 2010

jOm terOka duniA (2)

Dah stop, tak tau nak mula balik. Erm,pu3 sendiri tak tau nk cerita apa, so post kali ni pu3 biarkan gambar yg lebih bnyk berbicara. I`ll let the pictures speak by themselves (hmm, agak2 blh faham x bhsa gambar??..hehe). Jaulah ke Siwa ternyata agak mencabar, tercabar dgn teriknya mentari yg membahang. Pada hari ke 2, awal2 pagi kami sudah bertolak ke Siwa. Sepanjang lebih kurang 3jam perjalanan dari Matruh, memang padang pasir jer yg kelihatan di kiri kanan jalan. Wow! Ni baru betul Mesir yg diura-urakan dulu; tanah gersang terhampar saujana mata memandang. Siapa sangka, di tengah-tengah padang pasir pun ada penduduk. Tengok padang pasir di bawah terik mentari, pu3 teringat seimbas lalu sirah nubuwwah junjungan mulia Muhammad SAW bersama para sahabat. Tidak lupa juga kisah Siti Hajar (link)yg ditinggal seorang diri di tengah2 bumi gersang yang kontang bersama bayinya Ismail a.s. Insaf! Sungguh tinggi taqwa mereka, bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dgn diri yg hina dina ini.
tasik garam~sumber pengairan utama tanaman di siwa. Allahuakbar! Di sekeliling air masin ni, pokok2 kurma hidup subur.

jabal mouta~ tngok dari dlm bas je..dikatakan tinggal lubang2 kubur, mumia2 dh xde, dah dialihkan..
Ketika bas menghampiri Siwa, bas berhawa dingin tiba2 terasa bahang. Ows, dalam bas yg ada aircond pun  panas, apa lagi kat luar sana, really hot! Anyway, Pu3 suka sgt2 dgn suasana di Siwa. Mula2 masuk area Siwa tu, pu3 rasakan macam baru masuk alam fantasi (terpengaruh dgn movie la neh,,huhu). Environment di sini amat2 unik. Macam kota cowboy gitu(^,~) Tak sangka, masih ada kerajaan sebegini, dpt feel seolah-olah berada dalam era kegemilangan tamadun Mesir Purba.

pu3 like this!
view kota siwa dari atas kubu iskandar..

sekali tengok mcm ladang kelapa sawit..(^.^)
kota siwa~ memang unik!


Di sini pun ada tmpt cleopatra mandi?? adeih~
Hari terakhir jaulah, kami sempat terjun laut. Huhu. Mandi pantai ramai2 best gak. Air laut kat Matruh memang masin! Teramat masin! Ni baru pantai Matruh, kalau air laut mati entah la macam mana, sampai kita blh terapung-apung kan(^,~)

p/s : Jauh perjalanan luas pandangan. Sungguh! Setiap yg Allah ciptakan di alam ni tiada yg sia2. Jadilah org2 yg berfikir, biarkan iman kamu berbicara di sebalik keseronokan  meneroka bumi ciptaan Yang Maha Bijaksana.

Monday, August 2, 2010

jOm terOka duniA (1)


Time is running faster. Memang tak sedar yang masa berlalu begitu cepat. Ogos dah buka tirai,post untuk Julai pu3 tinggalkan zero. Nampaknya sepanjang Julai memang tak pernah boring n tensiOn (coz biasa mmg pu3 blogging time benar2 boring n kepala jammed xtau nk wk bnde..hehe) Poyo jew.Huuu. Biasalah, otak lepas exam relax cket kan. Pepun, pu3 rasa  nk kongsikan cket pengisian cuti pu3 (walaupun dah agak lama berlalu) sepanjang kurang lebih sebulan (mula dari habis final exam hingga kini). 



Actually I don`t know how to start. Hmmm. Ok. Antara task terawal pu3 dapat selepas exam ialah siapkan banner. Mula2 terima task ni fikir panjang gak, almaklumlah nk siapkan banner ni perlukan seni. Tapi dah sanggup terima tanggungjawab, maknanya siap terima sebarang arahan. Wokkeh! Lastly Pu3 beri kesanggupan walaupun masa agak suntuk time tu. Conteng punyer conteng, last skali siap gak banner MAWAR `10 (Rehlah Matruh Siwa Akhawat). Habis lantai rumah dicat sama,kih3. Point di sini, never underestimate yourself. Bakat itu anugerah, tapi sebenarnya boleh diasah. Determination untuk mencuba benda baru itu yg penting(1st time cat banner g2=)). Dan seperti biasa, team work memang penting. Pu3 tak mampu nk siapkan semua ni seorang diri. Terima kasih buat teman2 yg sanggup tolong sama walau kerja ni sepatutnya pu3 yg buat. Thanks to kak Asiah, Ajlaa (sibuk ngemas nk blk malaysia pun sempat lg conteng banner yerp..) dan jugak Hafidzah. You`re the best!
Banner yg agak xmatured..he3

5 Julai. Hari yg betul2 menyesakkan. Hari ni ahli bait balik Malaysia (Antara budak medic terawal balik la neh). Balik awal untuk kenduri kakak, harap2 bukan kenduri kamu sekali yer Ajlaa..Hehe. Erm, janji ng ammu tremco lam pukul 2 pm lagi, tapi kul 3pm still xsampai.. Aiyooo! Memang menguji kesabaran. Tapi takpe, stay cool. Sebenarnya malam tu jugak rombongan ke Matruh akan bertolak. Tremco sampai agak lewat, dalam pukul 3.30 kalau tak silap. Masa tu pu3 agak berbelah bahagi nk ikut sama ke airport (sowi yer kawan) coz bimbang gak xsempat pulang awal sebelum ke Matruh. Fikir punyer fikir, last skali pu3 pergi gak airport. Kawan punyer pasal, i`m daring to take the risk.(^,~) Adat berukhuwwah, seboleh-bolehnya hak kawan diutamakan. That`s my stand. Syarat nak menerima perlu memberi terlebih dahulu kan? (tafsir sendiri lah persoalan ni, malas nk cerita panjang2..hehe)

Nak dipendekkan cerita, malam tu pu3 bertolak ke Matruh bersama budak2 medic zagazig. Ini 1st time pu3 ikut trip anjuran PCZ, memang excited habis. Naik bas kejap je pu3 dh pengsan, maklumlah dh past midnight,hehe. Biasa susah gak nk tdow lam kenderaan neh, tp bila dh tgh malam, mata pum xnak terbuka dh=). Jaulah kat Mesir memang best. Apabila niat dh di set dgn betul, insyaAllah jaulah tu akan lebih seronok. Syok habis la katakan.  Kita mengembara n meneroka bumi Allah, teramat rugi jika tidak manfaatkan peluang ini utk berfikir akan keAgungan dan kebesaranNya. Setiap yg diciptakan tiada yg sia2. Hanya golongan yg berfikir mampu menafsirkanNya (muhasabah diri~adakah kita temasuk dlm golongan ni??)

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (QS. 3:137)

View lepas subuh~singgah utk solat n breakfast. Difahamkan kwsn sblh sana adlh tmpt perang 3 segi antara Perancis, Itali n Jerman (hmm,btOl ke fakta pu3 bg neh???)
Kepingin nk panjat sama....hmmm
Pantai2 di Matruh memang benar2 mengujakan. Comey jiddan! 1st time nampak, Subhanallah, i`m really speechless. Mata liar memerhati sana sini. Tak sangka pantai kat Mesir lebih cantik dr pantai2 di Malaysia. Tempat pertama kami singgah adalah Hamam Cleopatra. Excited habis blh main air kat sini.Huuu. Seronok tu memang seronok, tp frust gak xleh nak panjat batu kat sini. Bab panjat2 neh memang pu3 suka. Kalau ikutkan hati memang nk panjat je, tp ustaz dh warning.Hehehe. Plus takde org Melayu yg panjat , apa lagi kaum hawa. So masuk hamam aje lah. 

Lepas tu kami ke Pantai Ajibah(Agiba) plak. Pantai kat sini lagi cantik rupanyer. Keindahannya memang menggamit pesona. Dikatakan, kat sini kita dapat tengok air laut 7 warna. Biasanya scene ajaib ini dapat dilihat dengan jelas pada waktu senja kerana perubahan warna ini berlaku akibat biasan cahaya matahari ketika matahari terbenam. Bertenggek di pinggir laut bersama teman2 sambil memerhati keindahan laut memang best. Tatkala itu benar2 buat diri ini insaf. Sungguh! Allah itu pemilik segala keindahan, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Walau kami tak berpeluang tengok scene ajaib tu, tp keadaan laut Ajibah ketika itu sudah cukup untuk menjentik iman si hamba bagi mereka yg mahu berfikir. Dan petang itu, kami ke Suk (Bazar) Libya. Shopping time! Pusing punyer pusing, pu3 blur nk beli apa. Kalau xbeli apa2 rugi gak sbb datang dari jauh kan. Pusing kali ketiga baru pu3 beli ape yg patut.Huu, pastinya beli haggah(barang) utk org Malaysia=)




Batu2 yg pastinya sgt licin..



Pantai Ajibah yg mmg ajaib..

Subhanallah..Allamdulillah..Allahuakbar!!
menikmati keindahan..tengah pk ape entah(^,~)

Musyrif2 jaulah kali neh~huhu..mcm mne leh msuk blog pu3 gak neh?? aiyoO
p/s :  Jaulah kali ni blh bergaya ng hat n sunglasses. Huhu..Actually mata sakit, terpaksa pakai sunglasses utk pergi jaulah. Plus, cuaca time tu really hot, almaklumlah tgh summer. Dah pakai hat, tp kulit tetap macam ayam kena panggang. Merah loooo =)

to be continued~

Followers