Tuesday, November 9, 2010
oh aiskrim..
Aiskrim kat zagzig memang best, tak sama mcm aiskrim kat Malaysia. Penggemar aiskrim kat Malaysia jgn jelez yer, nk rasa jom lawat egypt (^,^). Hanya dgn LE1 satu kon, cukup la nak penuhi permintaan org 'mengidam' aiskrim tu. Hehe.
Seusai kuliah semalam, sempat jer outing jap dgn kawan. Jalan2 petang. Kadang2 p outing ni best la gak. (Budget pegi jauh, tmpt dekat jew actually..haha) Alang2 datang mahattah (nama tmpt), aiskrim pasti kuburu. Memang petang tu rasa nk mkn aiskrim sgt2. Bukan apa, minggu lepas dh makan, tp tak cukup. Menyesal betul beli satu kon je hari tu. Hehe. Selesai jew urusan yg mana patut, tgn pu3 ditarik. "Nk pegi mana?" Laju jew pu3 tanya kawan, buat2 tak tau la plak(?,?) "Lor,tadi kata mengidam aiskrim sangat. Jom r!" Ooo yeah! Gumbira nya dalam hati, dpt mkn aiskrim arini. Haha. Ape ke hel la budak sorang ni. Tak mature langsung. Kalah kanak2. Wokkeh. Behave2(^;^). Kedai aiskrim bnyk je kat mahattah. Tp pu3 paling suka aiskrim halib(susu) yg twisted. Nampak cantik, rasa pun sedap. Sanggup je jln jauh cket semata-mata nk makan aiskrim ni. Semangat gitu!! Sekarang ni ammu(pak cik) tu dh tambah coklatah atas aiskrim halib yg dah ditwisted, lagi la nikmat dapat makan. Haha. Yummy2!! (>,<)
Aiskrim ni tak de yg istimewa pun sebenarnya. Yang pu3 nk fokuskan kat sini sebenarnya nilai sebatang aiskrim tu. (aiyaaa, aiskrim pnggil batang ke?huhu) . Jalan2 dgn kawan, then makan aiskrim bersama-sama. Plot yg sangat mudah. Tapi cukup untuk memberi input yg baik dlm ukhwah kita bersama org2 sekeliling. Daily life yg padat dgn perancangan masing2, tak memungkinkan kita untuk selalu bersama kawan2. Sesekali apa salahnya kita ajak teman pegi outing. Eratkan kembali jalinan kasih sesama sahabat, tautkan kembali hati2 yg alpa dgn ukhwah islamiah. Belanja kawan2 makan aiskrim, simple but it means a lot. Tak perlu belanja banyak2. Sambil kita bergelak ketawa, dapat makan aiskrim plak tu, kita boleh topup balik jalinan ukhwah yg dah mula sirna. Tak gitu? So, kawan2..... nanti nk mkn aiskrim jgn lupa ajak kita sekali yer, hehe. Poyol je.
Monday, October 25, 2010
MUJAHADAH
Syukran kathir kpd shbt pu3 yg sudi share post ni. Tak tau sape penulis asal. Pepun, credits to all of them. Smoga bermanfaat=)
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.
KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah:“Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.
Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.”
Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.
Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?
MANUSIA DAN MUJAHADAH
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
i) Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunyadan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)
ii) Sedang dan sentiasa berperang
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”
iii) Orang yang telah menang
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.
Friday, October 15, 2010
ya allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Thursday, September 23, 2010
optimum VS maksimum
Salam Syawal 1431. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ramadhan pada tahun ni n sekaligus dpt merayakan Eid Mubarak bersama yg tersayang. Dam Dam Dum Raya! Raya kali ni mesti meriah gak kan. Adat org Melayu, sebulan Syawal, sebulan la beraya. Memang beraya sakan. Open house sana sini sepanjang bulan. Kadang2 tu, Syawal dah ucap slmt tinggal tp open house sempena raya still ada. Ni buktinya rakyat Malaysia semangat bila menyambut hari kemenangan ini.Tapi betul ke kita betul2 semangat ek?Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
Nah. Raya2 gak. Peluang keemasan yg Allah kurniakan buat kita umat Islam ni jgn dilepaskan.Untuk mencapai kesempurnaan ibadah tak hanya dgn melakukan ibadah2 fardhu. Rebutlah ganjaran kebaikan melalui amalan2 sunat untuk menampung cacat cela ibadah fardhu kita. Sepanjang Ramadhan, Allah dh buka pintu kebaikan seluas-luasnya. Sepanjang Syawal juga Allah buka peluang utk hamba2Nya perlengkapkan amalan2 sepanjang Ramadhan.Tapi apakah kita betul2 mnfaatkan peluang ini? Sudahkan kita optimumkan peluang yg maksimum? Tepuk dada tanya iman. Esok belum tentu milik kita. Setiap amal yg dilakukan pasti kita harapkan akan diterima Yang Maha Pengasih. Tak guna kita beramal secara maksima setiap hari tp hakikatnya tak mencapai tahap optima. Apa beza maksima n optima? Fikir2kanlah.
Istimewa buat
keluarga tercinta
sahabat2 seperjuangan
guru2 n rakan2:-
# Pasti Berangan,
#SK Kampong Laut
# SK Berangan 1
#SMKA Naim Lilbanat
#Asasi Sains UiTM Shah Alam (esp GroupM)
#dak2 kolej Melati
#buat dak2 Mesir (esp dak medic zgzg) n kpd teman2 yg mengenali daku...
daku ingin mohon maaf atas sgala kekhilafan, keterlanjuran bicara mahupun tingkah laku, termengata, terlanjur janji tp masih tak tertunai, terpinjam bende2 n ape2 jew lah. Maaf zahir batin. Kullu sanah wa antum bikhair.
-Shakirah Yaacob-
Thursday, August 12, 2010
CINTA..tidak harus memiliki
"Cintakan bunga, bunga kan layu
cintakan manusia, manusia kan mati
cintakan harta, harta kan hilang
cintakan Allah, kekal abadi selamanya"
Kisah 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 2:
Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…
Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.
Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 3:
Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.
Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 4:
Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.
Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”
Maka bergetarlah langit..“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)
(QS Al Azhab 53)
Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
Cinta memang tak harus memiliki…
Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah
Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!
Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..
Sunday, August 8, 2010
jOm terOka duniA (2)
Dah stop, tak tau nak mula balik. Erm,pu3 sendiri tak tau nk cerita apa, so post kali ni pu3 biarkan gambar yg lebih bnyk berbicara. I`ll let the pictures speak by themselves (hmm, agak2 blh faham x bhsa gambar??..hehe). Jaulah ke Siwa ternyata agak mencabar, tercabar dgn teriknya mentari yg membahang. Pada hari ke 2, awal2 pagi kami sudah bertolak ke Siwa. Sepanjang lebih kurang 3jam perjalanan dari Matruh, memang padang pasir jer yg kelihatan di kiri kanan jalan. Wow! Ni baru betul Mesir yg diura-urakan dulu; tanah gersang terhampar saujana mata memandang. Siapa sangka, di tengah-tengah padang pasir pun ada penduduk. Tengok padang pasir di bawah terik mentari, pu3 teringat seimbas lalu sirah nubuwwah junjungan mulia Muhammad SAW bersama para sahabat. Tidak lupa juga kisah Siti Hajar (link)yg ditinggal seorang diri di tengah2 bumi gersang yang kontang bersama bayinya Ismail a.s. Insaf! Sungguh tinggi taqwa mereka, bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dgn diri yg hina dina ini.
| tasik garam~sumber pengairan utama tanaman di siwa. Allahuakbar! Di sekeliling air masin ni, pokok2 kurma hidup subur. |
jabal mouta~ tngok dari dlm bas je..dikatakan tinggal lubang2 kubur, mumia2 dh xde, dah dialihkan.. |
Ketika bas menghampiri Siwa, bas berhawa dingin tiba2 terasa bahang. Ows, dalam bas yg ada aircond pun panas, apa lagi kat luar sana, really hot! Anyway, Pu3 suka sgt2 dgn suasana di Siwa. Mula2 masuk area Siwa tu, pu3 rasakan macam baru masuk alam fantasi (terpengaruh dgn movie la neh,,huhu). Environment di sini amat2 unik. Macam kota cowboy gitu(^,~) Tak sangka, masih ada kerajaan sebegini, dpt feel seolah-olah berada dalam era kegemilangan tamadun Mesir Purba.
pu3 like this! |
| view kota siwa dari atas kubu iskandar.. |
| sekali tengok mcm ladang kelapa sawit..(^.^) |
| kota siwa~ memang unik! |
| Di sini pun ada tmpt cleopatra mandi?? adeih~ |
Hari terakhir jaulah, kami sempat terjun laut. Huhu. Mandi pantai ramai2 best gak. Air laut kat Matruh memang masin! Teramat masin! Ni baru pantai Matruh, kalau air laut mati entah la macam mana, sampai kita blh terapung-apung kan(^,~)
p/s : Jauh perjalanan luas pandangan. Sungguh! Setiap yg Allah ciptakan di alam ni tiada yg sia2. Jadilah org2 yg berfikir, biarkan iman kamu berbicara di sebalik keseronokan meneroka bumi ciptaan Yang Maha Bijaksana.
Subscribe to:
Posts (Atom)








