Sunday, December 12, 2010
Kerana kita adalah muslimah!
Nak share satu lagi artikel yg pu3 rasa perlu untuk disebarkan. Kalau wanita sendiri yg menasihati seseorang wanita, adatnya kurang terkesan di hati. Bab aurat dan kehormatan wanita, rasanya lebih menusuk kalbu si wanita kalau yg menasihati itu adalah kaum lawan jenisnya, yakni LELAKI! Wahai muslimah, masih tak terjentikkah iman kalian bila si rijal sudah mula membicarakan auratmu?? Ke mana hilangnya MALU kalian??! Kecantikan dan kesempurnaan seni ciptaan adalah satu anugerah buatmu. Peliharalah!! Lindungilah ia dgn iman dan takwa. JOM TUTUP AURAT DGN SEMPURNA KERANA KITA ADALAH MUSLIMAH!!!
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Zulhafidz
Editor: kasihsayang
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)
wallahua'lam
Wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna
Kali ni rasa tertarik nak c&p wasiat assyahid Imam Hassan Al-Banna. Pu3 yakin kalian dah banyak kali jumpa post ni. Tapi sehingga saat ini, sejauh manakah kita memurnikan wasiat2 ni dlm hidup kita??
10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna
2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Friday, December 10, 2010
Kerana kamu muslimah!
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
Wallahualam. Quoted from: sebab mata lelaki gemar melihat badan wanita.
Sunday, November 21, 2010
1st we nEed thE LovE
We need love! Really.
Tanpa kasih hidup pasti binasa.
Bila ada kasih di hati, kita akan tegakkan syariat Allahu rabbuna, ikut sunnah Rasulullah, dan pastinya kita akan pertahankan deenul Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Kerana ada sayang, kita taati ibu ayah dan juga guru2.
kerana ada cinta, kita mampu bergelak ketawa bersama org2 sekeliling(^^)
Juga kerana cinta, hati merintih hiba bila saudara seIslam terus menerus ditindas tanpa pembelaan.
bak kata mestica dan inteam..
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Tanpa kasih hidup pasti binasa.
Bila ada kasih di hati, kita akan tegakkan syariat Allahu rabbuna, ikut sunnah Rasulullah, dan pastinya kita akan pertahankan deenul Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Kerana ada sayang, kita taati ibu ayah dan juga guru2.
kerana ada cinta, kita mampu bergelak ketawa bersama org2 sekeliling(^^)
Juga kerana cinta, hati merintih hiba bila saudara seIslam terus menerus ditindas tanpa pembelaan.
bak kata mestica dan inteam..
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
As we sail, across the sea of life
So much pain, warring divides
It’s a shame; we don’t see how it can be
Oh we need to smile at each other
Reach for your brother
Help one another, all what we need is love
Oh we need to honour our mothers
Shelter our sisters
Alter existence, God’s help will come from up above
But, First we need the love
All the games people playing now
Fuel the flames, hatred devours
Lets spark a change, that’s within all of us
i am in the birds
i am in the trees
i am in the trees
from the brown branches
to the the green leaves
im colorful
spectrum infinite
i touch all
indiscriminate
breed compassion and sentiment
limitless in my power to heal
the hearts of men
but they are so forgetful
that's why i remind on an instrumental
this life is a trial
can never the let the test effect your smile
reach for your brother go the extra mile
kiss for ya mother hug your sister let your wife know that you miss her
know that you can never give up
when you fall to the floor im the reason you must get up
love
im a blessing from God
So why you dont use me more is so odd
you need love!
we need love!
Friday, November 19, 2010
pendek jew..
pu3 mulakan post kali ni dgn lafaz mulia, bismillahirrahmanirrahim. Dgn nama Allah Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Moga post yg pendek ini dapat bagi manfaat kpd kita bersama. pu3 hanya nk tulis beberapa ayt, tak tau nk beri tajuk apa sebenarnya, juz tulis utk muhasabah bersama. Mood tgh baik sekarang ni, insaf la cket(^^)
Kita tak suka bila org perli kita, tp kita selalu jer perlekehkan org,
Bagaimana kita mahu dilihat baik jika kita melihat keburukan orang?
Bagaimana kita mahu mereka sedar sedang kita sendiri tidak sedar?
Ingatlah teman, syarat utk menerima adlh dgn memberi,
Jika ingin dicintai maka kitalah yg terlebih dahulu perlu mencintai.
So before kita blame the others, koreksi diri terlebih dahulu.
Bak kata org, cermin diri tu dulu, then baru tngOk org lain.
Percayalah, mcm mana kita berakhlak dgn org itulah gambaran how org akn berakhlak dgn kita.
OK lah, that`s all what i wanna say for this time. Sama2 kita renungkan. Tapi jgn lupa, bilamana kita dah berakhlak dgn akhlak mahmudah dgn org2 sekeliling, tp still xdpt balasan yg setimpal, anggaplah itu hanyalah sekadar ujian dr Rabb Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Sunday, November 14, 2010
ilusi
Optical illusion. Cuba anda perhatikan gambar kat bwh ni. Nampak bergerak kan? Then try focus betul2 pd gambar, jgn alihkan pandangan buat seketika. You can see that gmbr ni statik sebenarnya. Betul tak?Hmmm.. kalau still nampak bergerak tu maknanya kita msh belum betul2 focus la kot (^^)
Next. Cuba tengok gambar berikutnya. Cukup complex! Huhu.Pening gak pu3 duk fikir, camner la org tu blh cipta gambar cam ni. Kreatif betul. Tapi inilah yg dikatakan ilusi optik. Sains ada menerangkan perihal ilusi optik secara pnjang lebar. Tp kesimpulannya, ilusi optik terjadi kerana kesalahan mata dan otak menafsir sesuatu. Nak tau lebih lanjut, sila tnye Mr. Google yerp. Hehe.Ape pun, Pu3 xnak cerita sal optical illusion menurut sains . Kalau yg ni semua org blh tau kot. Tak banyak pun at least tau sesuatu kan.
Erm, pu3 suka optical illusions bcOz it teaches me something. Bermain dgn ilusi optik buat pu3 berfikir. Apa yg kita fikir xselalunya betul. Pandangan mata selalu menipu, pandangan mata selalu tersalah ( teringat lagu nasyid masa pu3 tadika..hehe). Org selalu kata 1st impression tu sgt penting kerana ia akan mempengaruhi apa yg akan kita fikir seterusnya tentang sesuatu. But never forget, pepatah english pun ada cakap "Don`t judge a book by its cover". Apa yg terzahir bukan gambaran mutlak tentang sesuatu. Kalau bercakap dalam skop manusia, jgn pernah kita menilai seseorang hanya melalui first impression. Nak kenal hati budi seseorang perlu ambil masa tau. Rambut sama hitam, hati lain2. Ada org mungkin selalu berjaya meraih good impressions dr org2 yg baru dikenali, dan ada yang baik tp selalu dapat impressions yg kurang menyenangkan di awal perkenalan. Mungkin perbezaan penguasaan soft skills dlm bersosial. So teman2, jgn cepat menghukum org lain hanya melalui zahiriah. Ingat tu! Jangan pernah kamu tertipu dgn pandangan mata yg selalu menipu.
Anais Nin says, "We don't see things as they are, we see them as we are!" This is a fact, which makes itself evident in everyday life. Lain org lain cara pikir, lain org berbeza cara dia prOses maklumat. Haaaa,cuba ambil iktibar dr gambar sebelah. Hanya dgn satu gambar yg sama, ia mampu memberi ilusi yg berbeza . In reality world, cuba perhatikan org2 sekeliling. Masing2 akan punya interpretations yg berbeza tentang sesuatu perkara. People see something differently. So, apabila berlaku percanggahan pendapat tentang sesuatu perkara, jgn pernah rasa pandangan kita yg terbaik dan betul. Hormati pendapat org lain dan cuba cari titik persamaan. Jgn gaduh2 yer=)Then, last but not least i wanna share this point of view briefly. Jgn pernah main mata!! Girls, jgn layan boys yg suka main mata tau!! Lelaki ni xblh percaya. Jgn cepat perasan ek. Hehehe.. Okkeh, juz nk mengarut sikit lg. Layan je yer(^-^)
Quotes yg femous wa ulasan mengarut tentang mata :-)
dari mata turun ke hati ( Aii, jaga pandangan tuh..)
cinta pandang pertama ( gatal! tp dh jdOh nk buat camner..huhu)
Cantiknya mata dia~ (dia pakai contact lens lor..hehe)
mata hati ( biar iman yg berbicara, jgn biar nafsu berkuasa! )
mata keranjang ( xleh nampak mana yg berkenan, semua nk sumbat lam jaring, aiyoyo. buaya btol..)
Subscribe to:
Posts (Atom)







