Friday, November 19, 2010

pendek jew..


pu3 mulakan post kali ni dgn lafaz mulia, bismillahirrahmanirrahim. Dgn nama Allah Yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Moga post yg pendek ini dapat bagi manfaat kpd kita bersama. pu3 hanya nk tulis beberapa ayt, tak tau nk beri tajuk apa sebenarnya, juz tulis utk muhasabah bersama. Mood tgh baik sekarang ni, insaf la cket(^^)


Kita selalu nak org baik dgn kita, tapi kita tak cuba nak baik dgn org,
Kita tak suka bila org perli kita, tp kita selalu jer perlekehkan org,
Bagaimana kita mahu dilihat baik jika kita melihat keburukan orang?
Bagaimana kita mahu mereka sedar sedang kita sendiri tidak sedar?
Ingatlah teman, syarat utk menerima adlh dgn memberi,
Jika ingin dicintai maka kitalah yg terlebih dahulu perlu mencintai.
So before kita blame the others, koreksi diri terlebih dahulu.
Bak kata org, cermin diri tu dulu, then baru tngOk org lain.
Percayalah, mcm mana kita berakhlak dgn org itulah gambaran how org akn berakhlak dgn kita.

OK lah, that`s all what i wanna say for this time. Sama2 kita renungkan. Tapi jgn lupa, bilamana kita dah berakhlak dgn akhlak mahmudah dgn org2 sekeliling, tp still xdpt balasan yg setimpal, anggaplah itu hanyalah sekadar ujian dr Rabb Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sunday, November 14, 2010

ilusi

Optical illusion. Cuba anda perhatikan gambar kat bwh ni. Nampak bergerak kan? Then try focus betul2 pd gambar, jgn alihkan pandangan buat seketika. You can see that gmbr ni statik sebenarnya. Betul tak?Hmmm.. kalau still nampak bergerak tu maknanya kita msh belum betul2 focus la kot (^^)
Next. Cuba tengok gambar berikutnya. Cukup complex! Huhu.Pening gak pu3 duk fikir, camner la org tu blh cipta gambar cam ni. Kreatif betul. Tapi inilah yg dikatakan ilusi optik. Sains ada menerangkan perihal ilusi optik secara pnjang lebar. Tp kesimpulannya, ilusi optik terjadi kerana kesalahan mata dan otak menafsir sesuatu. Nak tau lebih lanjut, sila tnye Mr. Google yerp. Hehe.Ape pun, Pu3 xnak cerita sal optical illusion menurut sains . Kalau yg ni semua org blh tau kot. Tak banyak pun at least tau sesuatu kan.
 Erm, pu3 suka optical illusions bcOz it teaches me something. Bermain dgn ilusi optik buat pu3 berfikir. Apa yg kita fikir xselalunya betul. Pandangan mata selalu menipu, pandangan mata selalu tersalah ( teringat lagu  nasyid masa pu3 tadika..hehe). Org selalu kata 1st impression tu sgt penting kerana ia akan mempengaruhi apa yg akan kita fikir seterusnya tentang sesuatu. But never forget, pepatah english pun ada cakap "Don`t judge a book by its cover".  Apa yg terzahir bukan gambaran mutlak tentang sesuatu. Kalau bercakap dalam skop manusia, jgn pernah kita menilai seseorang hanya melalui first impression. Nak kenal hati budi seseorang perlu ambil masa tau. Rambut sama hitam, hati lain2. Ada org  mungkin selalu berjaya meraih good impressions dr org2 yg baru dikenali, dan ada yang baik tp selalu dapat impressions yg kurang menyenangkan di awal perkenalan. Mungkin perbezaan penguasaan soft skills dlm bersosial. So teman2, jgn cepat menghukum org lain hanya melalui zahiriah. Ingat tu! Jangan pernah  kamu tertipu dgn pandangan mata yg selalu menipu.

Anais Nin says, "We don't see things as they are, we see them as we are!" This is a fact, which makes itself evident in everyday life. Lain org lain cara pikir, lain org berbeza cara dia prOses maklumat. Haaaa,cuba ambil iktibar dr gambar sebelah. Hanya dgn satu gambar yg sama, ia mampu memberi ilusi yg berbeza . In reality world, cuba perhatikan org2 sekeliling. Masing2 akan punya interpretations yg berbeza tentang sesuatu perkara. People see something differently. So, apabila berlaku percanggahan pendapat tentang sesuatu perkara, jgn pernah rasa pandangan kita yg terbaik dan betul. Hormati pendapat org lain dan cuba cari titik persamaan. Jgn gaduh2 yer=)

Then, last but not least i wanna share this point of view briefly. Jgn pernah main mata!! Girls, jgn layan boys yg suka main mata tau!! Lelaki ni xblh percaya. Jgn cepat perasan ek. Hehehe.. Okkeh, juz nk mengarut sikit lg. Layan je yer(^-^)

Quotes yg femous wa ulasan mengarut  tentang mata :-)

dari mata turun ke hati ( Aii, jaga pandangan tuh..)
cinta pandang pertama ( gatal! tp dh jdOh nk buat camner..huhu)
Cantiknya mata dia~ (dia pakai contact lens lor..hehe)
mata hati ( biar iman yg berbicara, jgn biar nafsu berkuasa! )
mata keranjang ( xleh nampak mana yg berkenan, semua nk sumbat lam jaring, aiyoyo. buaya btol..)

Tuesday, November 9, 2010

oh aiskrim..

Aiskrim oh aiskrim. "Dah masuk musim sejuk la, still nk makan ice-creams ke?" Selalu je kwn2 tanya soalan ni. Pu3 hanya jawab dgn senyuman. Memang skrg environment semakin sejuk, tp lantak ah, as long as pu3  tak kempunan bila tengok aiskrim kat kdai. Huhu.

Aiskrim kat zagzig memang best, tak sama mcm aiskrim kat Malaysia. Penggemar aiskrim kat Malaysia jgn jelez yer, nk rasa jom lawat egypt (^,^). Hanya dgn LE1 satu kon, cukup la nak penuhi permintaan org  'mengidam' aiskrim tu. Hehe. 

Seusai kuliah semalam, sempat jer outing jap dgn kawan. Jalan2 petang. Kadang2 p outing ni best la gak.  (Budget pegi jauh, tmpt dekat jew actually..haha)  Alang2 datang mahattah (nama tmpt), aiskrim pasti kuburu. Memang petang tu rasa nk mkn aiskrim sgt2. Bukan apa, minggu lepas dh makan, tp tak cukup. Menyesal betul beli satu kon je hari tu. Hehe. Selesai jew urusan yg mana patut, tgn pu3 ditarik. "Nk pegi mana?" Laju jew pu3 tanya kawan, buat2 tak tau la plak(?,?) "Lor,tadi  kata mengidam aiskrim sangat. Jom r!" Ooo yeah! Gumbira nya dalam hati, dpt mkn aiskrim arini. Haha. Ape ke hel la budak sorang ni. Tak mature langsung. Kalah kanak2. Wokkeh. Behave2(^;^). Kedai aiskrim bnyk je kat mahattah. Tp pu3 paling suka aiskrim halib(susu) yg twisted. Nampak cantik, rasa pun sedap. Sanggup je jln jauh cket semata-mata nk makan aiskrim ni. Semangat gitu!! Sekarang ni ammu(pak cik) tu dh tambah coklatah atas aiskrim halib yg dah ditwisted, lagi la nikmat dapat makan. Haha. Yummy2!! (>,<)


Aiskrim ni tak de yg istimewa pun sebenarnya. Yang pu3 nk fokuskan kat sini sebenarnya nilai sebatang aiskrim tu. (aiyaaa, aiskrim  pnggil batang ke?huhu) . Jalan2 dgn kawan, then makan aiskrim bersama-sama. Plot yg sangat mudah. Tapi cukup untuk memberi input yg baik dlm ukhwah kita bersama org2 sekeliling. Daily life yg padat dgn perancangan masing2, tak memungkinkan kita untuk selalu bersama kawan2. Sesekali apa salahnya kita ajak teman pegi outing. Eratkan kembali jalinan kasih sesama sahabat, tautkan kembali hati2 yg alpa dgn ukhwah islamiah. Belanja kawan2 makan aiskrim, simple but it means a lot. Tak perlu belanja banyak2. Sambil kita bergelak ketawa, dapat makan aiskrim plak tu, kita boleh topup balik jalinan ukhwah yg dah mula sirna. Tak gitu? So, kawan2..... nanti nk mkn aiskrim jgn lupa ajak kita sekali yer, hehe. Poyol je. 

Monday, October 25, 2010

MUJAHADAH

Syukran kathir kpd shbt pu3 yg sudi share post ni. Tak tau sape penulis asal. Pepun, credits to all of them. Smoga bermanfaat=)


Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat.  Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah:Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang  hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” 

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?



MANUSIA DAN MUJAHADAH

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

i) Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunyadan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)

ii) Sedang dan sentiasa berperang
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”

iii) Orang yang telah menang
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

Friday, October 15, 2010

ya allah


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku



Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Thursday, September 23, 2010

optimum VS maksimum

Salam Syawal 1431. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ramadhan pada tahun ni n sekaligus dpt merayakan Eid Mubarak bersama yg tersayang. Dam Dam Dum Raya! Raya kali ni mesti meriah gak kan. Adat org Melayu, sebulan Syawal, sebulan la beraya. Memang beraya sakan. Open house sana sini sepanjang bulan. Kadang2 tu, Syawal dah ucap slmt tinggal tp open house sempena raya still ada. Ni buktinya rakyat Malaysia semangat bila menyambut hari kemenangan ini.Tapi betul ke kita betul2 semangat ek?

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.



Nah. Raya2 gak. Peluang keemasan yg Allah kurniakan buat kita umat Islam ni jgn dilepaskan.Untuk mencapai kesempurnaan ibadah tak hanya dgn melakukan ibadah2 fardhu. Rebutlah ganjaran kebaikan melalui amalan2 sunat untuk menampung cacat cela ibadah fardhu kita. Sepanjang Ramadhan, Allah dh buka pintu kebaikan seluas-luasnya. Sepanjang Syawal juga  Allah buka peluang utk hamba2Nya perlengkapkan amalan2 sepanjang Ramadhan.Tapi apakah kita betul2 mnfaatkan peluang ini? Sudahkan kita optimumkan peluang yg maksimum? Tepuk dada tanya iman. Esok belum tentu milik kita. Setiap amal yg dilakukan pasti kita harapkan akan diterima Yang Maha Pengasih. Tak guna kita beramal secara maksima setiap hari tp hakikatnya tak mencapai tahap optima. Apa beza maksima n optima? Fikir2kanlah. 


Istimewa buat

keluarga tercinta
sahabat2 seperjuangan
guru2 n rakan2:-


# Pasti Berangan,
 #SK Kampong Laut
SK Berangan 1
#SMKA Naim Lilbanat
#Asasi Sains UiTM Shah Alam (esp GroupM)
#dak2 kolej Melati
#buat dak2 Mesir (esp dak medic zgzg) n kpd teman2 yg mengenali daku...


daku ingin mohon maaf atas sgala kekhilafan, keterlanjuran bicara mahupun tingkah laku, termengata, terlanjur janji tp masih tak tertunai, terpinjam bende2 n ape2 jew lah. Maaf zahir batin. Kullu sanah wa antum bikhair.
-Shakirah Yaacob-

Followers