Wednesday, January 26, 2011
NO title~
Hemo3. sekarang mood nk mengarut. Huhu. Kalau rajin, baca la yer. Imiginasi semata-mata. Kalau terkena batang hidung o terkait dgn kehidupan seharian sape2, pu3 mntak ampun awal2. Bukan nk perli, tp harap boleh amik input sikit sebanyak.. Toce2:D
layannnnnnnnnn....
Buat kamu yg bergelar teman..
sy tau, sy tulis ni xmesti awak akn baca..
cepat atau lambat,
sy hrp sgt awak blh baca..
bnyk bnda sy nk ckp actually,
but i can`t put all of them into words
juz if u know this..
it`ll be enough 4 me
awak...
malam ni sy rasa perlu gak sy habiskan coretan ni
sy xnak gunung berapi meletup lagi
takot2, lava mengalir bakal musnahkan segalanya
awak....
sy gak manusia biasa
sy punya hati, punya rasa..
sy ngaku sy banyak kurang dr lebih
sy bukan malaikat yg baik xde cela
sy bukan nabi, manusia teragung paling sempurna
sy hanya manusia biasa, hamba yg hina lg dina..
juz same as u.. perhaps!
u r better than me
terima kasih awak, awak mmg hebat!
awak buat lacrimal glands sy leak again..
takpe2, baik utk kesihatan kan??
awak tau kan, air mata yg mengalir akn bawak skali toxic2 lam badan:)
terima kasih awak, awak buat sy makin sihat:)
awak..
sy syg awak sbb awak antara teman terbaik yg sy jumpe
awak punya figure muslim yg punya jiwa yg besar, suka tlg org,,
peramah lagi, cute bila tengok awak senyum ikhlas..
serius! sy tak tipu..
tp kan, sy minta maaf awal2..
berkata benar mugkin menyakitkan..
tapi tolonglah..
jgn sempitkan iman, jgn penjarakan akal!
bila org bagi nasihat, cubalah terima..
awak tau tak,
org xkan nasihat kalau xsyg awak..
jgn cepat melatah..
org marah kita pasti ada sebab..
bila org tegur tu, jgn terus fikir nk fire balik jer..
walau org yg tgur gak punyer bnyk kekurangan..
muhasabah diri dulu..
mmg perit nk terima keburukan diri,
tp ketahuilah temanku,
apa yg kawan cakap sal kita adalah cermin terbaik utk kita..
frankly speaking, sy benci ego melangit yg awak sanjung2 tu lillahi ta`ala( insyaAllah..)
tp engat yer, sy xbenci awak,
tp benci super ego awak jer(><)
sy teringin sgt nk label awak as my sahabat..
u know, sahabat adalh segala-galanya bg sy..
tp hari demi hari, awak buat jiwa sy makin memberontak
sabar sy dah d ujung tanduk..
sy cuba bertahan, tp diri ni lemah bangat sih..
diam sy krn xnak terus tegang, tp sy akui
sy gagal gak kawal diri,
anti-sabar secretion from setan durjana mmg power!
terus2 ajer catalyst amarah..ish3
dr td ag pipi sy basah,
sy rse prlu stop skrg sblm banjir kilat melanda:)
harapan sy, moga awk trus bhgia!
berhijrahlah dalam mncari redhaNYA..
O my Allah,
i wish i can be stonger..
kurniakan daku kesabaran, moga thabat dijalanMU
dan juga
bukalah pintu2 hati kami menerima teman kami apa adaya..
suburkan ukhwah dalam jiwa2 kami
moga jiwa2 inilah yg akan terus mendokong agamaMU..
ameeeen yaa rabb!
p/s ;- pu3 tengah mengarut neh. Mencipta watak utk mencari ilham. HUHU. Peace no War:) Untuk muhasabah diri sendiri dan jugak buat sape2 yg rasa dy patut terasa..hehe
Monday, January 24, 2011
di mana SUBUH??
Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
credit to artikel asal:)
Saturday, January 8, 2011
KITA PCZ
Maka kini, bermulalah lembaran baru hidupku!! 2011. Tahun baru, tekad baru, semangat baru, amanah baru!
Dah lebih seminggu kita melalui Januari 2011. Tapi rasanya belum terlalu lambat utk pu3 ucap SELAMAT TAHUN BARU . Hehe, tertinggal gerabak btol! :0 Januari dah masuk, Muharram pun baru je pergi. So, amacam dengan tahun baru?? Makin baik?? Hmm.. Mulakan tahun baru kita sebaiknya utk mendapat penghujung yg lebih baik(^^) Moga tahun baru ni lebih membawa keuntungan buat kita semua:-)
Pu3 nak abadikan sedikit alkisah semasa. Akhir2 ini, banyak gak peristiwa penting untuk direkod buat memori peribadi khususnya. Bermula pertengahan Disember 2010, bumi Zagazig mula bergegar. U kno y?? huhu. Musim election untuk PERUBATAN cawangan Zagazig la. Pilihanraya tahun ni mmg hot. Walaupun semua calon AJKT ikhwah mahupun akhawat menang tanpa bertanding, pemilihan utk takhta pengerusi PCZ sesi 2011 dah cukup gempak dah. Fatrah berkempen selama seminggu bagaikan tgh berjuang utk PRU(T_T).
1-1-2011~ Maka bermulalah pelayaran baru PCZ angah. Tahun 2011 adalah tahun ke-2 PCZ tertubuh sacara sah. 1 Januari- kepimpinan baru PCZ diumumkan secara rasmi. Pengumuman oleh pengarah JPCZ kali ni pada penghujung MTC (Mesyuarat Tahunan Cawangan) Zagazig memang buat pu3 sesak dada. Bila sedar yg MTC dah nak melabuhkan tirai, mata tiba2 berair. Rasa takut dan gentar menguasai diri. Really! Jawatan adalah amanah maha berat. Memang benar2 terasa seolah-olah berada di tengah persimpangan antara syurga dan neraka(>,<).
Buat barisan pimpinan PCZ sesi 2011 , tahniah dan takziah juga buat kalian(lambat wish, br rasa nk update blog,heee) . Masing2 baru dapat portfolio kan. All the best! Video ni dipublish masa fatrah berkempen tempoh hari. Harap2 semua manifesto time tu dapat dimurnikan dalam kepimpinan sesi ini. KITA PCZ??! Berjayakah hadaf utama ni dicapai? Sama2 doakan yer.
p
Saturday, December 25, 2010
kepimpinan dalam Islam
I. Definisi Kepimpinan
Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:

II. Kepimpinan yang Efektif
Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:
- Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.
- Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana yang diciptakan oleh pelbagai unsur.
- Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.
- Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.

II. Kepimpinan yang Efektif
A. Apakah kepimpinan yang efektif?
Kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif:
- Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat.
- Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
- Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
- Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi.
B. Pemimpin, Pengurus dan Pengikut
Pemimpin mengendalikan bawahannya untuk mencapai tujuan dengan motivasi dan teladan peribadi.Pemimpin yang baik menyedari bahawa mereka juga harus menjadi pengikut yang baik. Boleh dikatakan, pemimpin juga harus melapor kepada seseorang atau kelompok. Oleh sebab itu mereka juga harus mampu menjadi pengikut yang baik. Pengikut yang baik harus menghindari persaingan dengan pemimpin, bertindak dengan setia dan memahami serta menunjung baik idea, nilai dan tingkah laku pemimpin secara konstruktif. Pengikut atau pemimpin terikat dalam suatu hubungan yang terarah. Oleh itu, pemimpin harus sentiasa memberi perhatian pada kesejahteraan anak buahnya. Pengikut pula harus mendukung pemimpin selagi pemimpin berada di landasan yang benar dan lurus.
III. Ciri-Ciri Pemimpin Islam
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:
- Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
- Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
- Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
- Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

IV. Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan
Kepimpinan Islam ada tiga prinsip dasar yang mengatur pelaksanaan kepemimpinan Islam:Syura dan Musyawarah, Keadilan, serta Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat.
A. Syura dan Musyawarah
Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.
“Dan orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang kami berikan kepadanya”. (Surah Asy-Syura, ayat 38).
Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan sahabat-sahabat beliau:
“Maka rahmat Allah-lah yang telah menyebabkan kamu berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya” (Surah ‘Ali Imran, ayat 159).
Pelaksanaan musyawarah memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam proses membuat keputusan. Pada saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin jika menyimpang dari tujuan umum kelompok.Apa yang pasti, pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan dalam musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari memanipulasi bermain kata-kata untuk menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan yang dibuat dalam musyawarah. Secara umum petunjuk berikut dapat membantu untuk menjelaskan ruang lingkup musyawarah:
- Urusan-urusan pentadbiran dan eksekutif diserahkan kepada pemimpin.
- Persoalan yang memerlukan keputusan segera harus ditangani pemimpin dan dibentangkan kepada kelompok untuk ditinjau dalam pertemuan berikutnya atau langsung melalui telefon.
- Anggota kelompok atau wakil mereka harus mampu membuat pemeriksaan semula dan menanyakan tindakan pemimpin secara bebas tanpa rasa segan dan malu.
- Kebijaksanaan yang harus diambil, sasaran jangka panjang yang direncanakan dan keputusan penting yang harus diambil para wakil terpilih diputuskan dengan cara musyawarah. Masalah ini tidak boleh diputuskan oleh pemimpin seorang diri.
B. Keadilan dan Pemimpin yang Adil
Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).
“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)
“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).
Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam, pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal atau lembaga hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam kelompok itu. Anggota-anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang berpengetahuan, arif dan bijaksana.
C. Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat
Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok untuk mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan pandangan atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala persoalan yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur penting bagi kepimpinan mereka. Ketika seorang wanita tua berdiri untuk memperbetul Saidina Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela mengakui kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang mahu membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya kepada umat Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-prinsip Islam. Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah pedang. Lantar Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam lingkungan umat yang akan memperbetulkan kesalahannya. Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana kebebasan berfikir dan pertukaran gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling menasihati antara satu sama lain, sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan masalah atau persoalan yang menjadi kepentingan bersama. Seorang Muslim disarankan memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Agama adalah nasihat”, Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya, pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Secara ringkas kepimpinan Islam bukanlah kepimpinan tirani dan tanpa koordinasi. Pemimpin Islam, setelah mendasari dirinya dengan prinsip-prinsip Islam, bermusyawarah dengan sahabat-sahabat secara objektif dan dengan penuh rasa hormat, maka selepas itu menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan dan tindakan dengan seadil-adilnya. Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di Akhirat nanti! Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan. Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa’ penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! Wallahu a’la wa a’lam.
* Artikel dipetik dari www.muhtarsuhaili.wordpress.com
Sunday, December 12, 2010
Kerana kita adalah muslimah!
Nak share satu lagi artikel yg pu3 rasa perlu untuk disebarkan. Kalau wanita sendiri yg menasihati seseorang wanita, adatnya kurang terkesan di hati. Bab aurat dan kehormatan wanita, rasanya lebih menusuk kalbu si wanita kalau yg menasihati itu adalah kaum lawan jenisnya, yakni LELAKI! Wahai muslimah, masih tak terjentikkah iman kalian bila si rijal sudah mula membicarakan auratmu?? Ke mana hilangnya MALU kalian??! Kecantikan dan kesempurnaan seni ciptaan adalah satu anugerah buatmu. Peliharalah!! Lindungilah ia dgn iman dan takwa. JOM TUTUP AURAT DGN SEMPURNA KERANA KITA ADALAH MUSLIMAH!!!
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Zulhafidz
Editor: kasihsayang
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)
wallahua'lam
Wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna
Kali ni rasa tertarik nak c&p wasiat assyahid Imam Hassan Al-Banna. Pu3 yakin kalian dah banyak kali jumpa post ni. Tapi sehingga saat ini, sejauh manakah kita memurnikan wasiat2 ni dlm hidup kita??
10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna
2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



