Monday, August 2, 2010

jOm terOka duniA (1)


Time is running faster. Memang tak sedar yang masa berlalu begitu cepat. Ogos dah buka tirai,post untuk Julai pu3 tinggalkan zero. Nampaknya sepanjang Julai memang tak pernah boring n tensiOn (coz biasa mmg pu3 blogging time benar2 boring n kepala jammed xtau nk wk bnde..hehe) Poyo jew.Huuu. Biasalah, otak lepas exam relax cket kan. Pepun, pu3 rasa  nk kongsikan cket pengisian cuti pu3 (walaupun dah agak lama berlalu) sepanjang kurang lebih sebulan (mula dari habis final exam hingga kini). 



Actually I don`t know how to start. Hmmm. Ok. Antara task terawal pu3 dapat selepas exam ialah siapkan banner. Mula2 terima task ni fikir panjang gak, almaklumlah nk siapkan banner ni perlukan seni. Tapi dah sanggup terima tanggungjawab, maknanya siap terima sebarang arahan. Wokkeh! Lastly Pu3 beri kesanggupan walaupun masa agak suntuk time tu. Conteng punyer conteng, last skali siap gak banner MAWAR `10 (Rehlah Matruh Siwa Akhawat). Habis lantai rumah dicat sama,kih3. Point di sini, never underestimate yourself. Bakat itu anugerah, tapi sebenarnya boleh diasah. Determination untuk mencuba benda baru itu yg penting(1st time cat banner g2=)). Dan seperti biasa, team work memang penting. Pu3 tak mampu nk siapkan semua ni seorang diri. Terima kasih buat teman2 yg sanggup tolong sama walau kerja ni sepatutnya pu3 yg buat. Thanks to kak Asiah, Ajlaa (sibuk ngemas nk blk malaysia pun sempat lg conteng banner yerp..) dan jugak Hafidzah. You`re the best!
Banner yg agak xmatured..he3

5 Julai. Hari yg betul2 menyesakkan. Hari ni ahli bait balik Malaysia (Antara budak medic terawal balik la neh). Balik awal untuk kenduri kakak, harap2 bukan kenduri kamu sekali yer Ajlaa..Hehe. Erm, janji ng ammu tremco lam pukul 2 pm lagi, tapi kul 3pm still xsampai.. Aiyooo! Memang menguji kesabaran. Tapi takpe, stay cool. Sebenarnya malam tu jugak rombongan ke Matruh akan bertolak. Tremco sampai agak lewat, dalam pukul 3.30 kalau tak silap. Masa tu pu3 agak berbelah bahagi nk ikut sama ke airport (sowi yer kawan) coz bimbang gak xsempat pulang awal sebelum ke Matruh. Fikir punyer fikir, last skali pu3 pergi gak airport. Kawan punyer pasal, i`m daring to take the risk.(^,~) Adat berukhuwwah, seboleh-bolehnya hak kawan diutamakan. That`s my stand. Syarat nak menerima perlu memberi terlebih dahulu kan? (tafsir sendiri lah persoalan ni, malas nk cerita panjang2..hehe)

Nak dipendekkan cerita, malam tu pu3 bertolak ke Matruh bersama budak2 medic zagazig. Ini 1st time pu3 ikut trip anjuran PCZ, memang excited habis. Naik bas kejap je pu3 dh pengsan, maklumlah dh past midnight,hehe. Biasa susah gak nk tdow lam kenderaan neh, tp bila dh tgh malam, mata pum xnak terbuka dh=). Jaulah kat Mesir memang best. Apabila niat dh di set dgn betul, insyaAllah jaulah tu akan lebih seronok. Syok habis la katakan.  Kita mengembara n meneroka bumi Allah, teramat rugi jika tidak manfaatkan peluang ini utk berfikir akan keAgungan dan kebesaranNya. Setiap yg diciptakan tiada yg sia2. Hanya golongan yg berfikir mampu menafsirkanNya (muhasabah diri~adakah kita temasuk dlm golongan ni??)

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (QS. 3:137)

View lepas subuh~singgah utk solat n breakfast. Difahamkan kwsn sblh sana adlh tmpt perang 3 segi antara Perancis, Itali n Jerman (hmm,btOl ke fakta pu3 bg neh???)
Kepingin nk panjat sama....hmmm
Pantai2 di Matruh memang benar2 mengujakan. Comey jiddan! 1st time nampak, Subhanallah, i`m really speechless. Mata liar memerhati sana sini. Tak sangka pantai kat Mesir lebih cantik dr pantai2 di Malaysia. Tempat pertama kami singgah adalah Hamam Cleopatra. Excited habis blh main air kat sini.Huuu. Seronok tu memang seronok, tp frust gak xleh nak panjat batu kat sini. Bab panjat2 neh memang pu3 suka. Kalau ikutkan hati memang nk panjat je, tp ustaz dh warning.Hehehe. Plus takde org Melayu yg panjat , apa lagi kaum hawa. So masuk hamam aje lah. 

Lepas tu kami ke Pantai Ajibah(Agiba) plak. Pantai kat sini lagi cantik rupanyer. Keindahannya memang menggamit pesona. Dikatakan, kat sini kita dapat tengok air laut 7 warna. Biasanya scene ajaib ini dapat dilihat dengan jelas pada waktu senja kerana perubahan warna ini berlaku akibat biasan cahaya matahari ketika matahari terbenam. Bertenggek di pinggir laut bersama teman2 sambil memerhati keindahan laut memang best. Tatkala itu benar2 buat diri ini insaf. Sungguh! Allah itu pemilik segala keindahan, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Walau kami tak berpeluang tengok scene ajaib tu, tp keadaan laut Ajibah ketika itu sudah cukup untuk menjentik iman si hamba bagi mereka yg mahu berfikir. Dan petang itu, kami ke Suk (Bazar) Libya. Shopping time! Pusing punyer pusing, pu3 blur nk beli apa. Kalau xbeli apa2 rugi gak sbb datang dari jauh kan. Pusing kali ketiga baru pu3 beli ape yg patut.Huu, pastinya beli haggah(barang) utk org Malaysia=)




Batu2 yg pastinya sgt licin..



Pantai Ajibah yg mmg ajaib..

Subhanallah..Allamdulillah..Allahuakbar!!
menikmati keindahan..tengah pk ape entah(^,~)

Musyrif2 jaulah kali neh~huhu..mcm mne leh msuk blog pu3 gak neh?? aiyoO
p/s :  Jaulah kali ni blh bergaya ng hat n sunglasses. Huhu..Actually mata sakit, terpaksa pakai sunglasses utk pergi jaulah. Plus, cuaca time tu really hot, almaklumlah tgh summer. Dah pakai hat, tp kulit tetap macam ayam kena panggang. Merah loooo =)

to be continued~

Monday, June 28, 2010

::MAKAN::

JOM MAKAN!! Ni ayat favourite yg pasti rmai tertunggu-tunggu. Time makan mmg best, plus dpt makan ramai2. Kalau kapasiti famili yg agak besar, time makan pasti riuh. Yg kanak2 kalau tak gaduh mcm tak lengkap hidup mereka (Sape2 yg pernah jd knk2 pasti rasai pengalamn ni). Huhu..(Tetibe teringat time makan ramai2 dgn famili). Makan rutin kita sehari-hari, kalau seharian tak makan mmg tak sah (puasa pum makan gak kan??). Asyik2 nak makan! Tapi pernahkah kita muhasabah cara kita makan sehari-hari tu betul tak? Makan ni mmg la perkara basic dlm hidup, tapi silap cara bulih undang  mudarat. Prevention is better than cure! Mungkin perkongsian kat bawah ni boleh sama2 kita fikir . Lepas makan tu cuba elak buat benda2 kat bawah ni yer. Hidup sihat utk cergas!! Cergas utk cerdas!! Cergas n cerdas pastinya utk ISLAM!!



1.
Jangan merokok: Yang ni pu3 sengaja besarkan. Biar jelas lagi terang! Dah nama pum merokok, sebelum atau selepas atau semasa makan, semua tetap DILARANG!! Tapi nape la ramai sangat manusia perokok ni ek??Geram tul kat perokok ni. Nak seronok sendiri tapi tak fikir org lain! Dah dapat anugerah akal, tapi bulih plak berlagak macam org bodoh.(opppps..Sorry, kasar sikit. GERAM! Nk citer sal perokok kite sambung lain kali lah, ni bab makan la..aiyoooo pu3!) Buat pengetahuan semua, kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser. (pu3 tak tau sumber kajian dari mana, but i agree with it, even not 100% is correct, it should be more than 70% perhaps)

2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan. Makan buah yg diserve as dessert (yg biasa dimakan lepas makan main menu) tu cara barat, kita org Islam ni lebih manis kalau ikut sunnah rasul. Rasulullah kan mula makan dengan buah-buahan. Nak buka puasa pun nabi ajar kita makan kurma kan??

“Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”.(Anthony Robbins, Unlimited Power)
وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
“ Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."
(Al-Waqiah:20-21)
Ayat ni Allah nyatakan buah-buahan dahulu baru daging. Pasti ada sebabnya.FIKIRLAH! (link)
3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna. 

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat. 

5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. 

6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan. 

7.  Jangan tidur: Haa, yg ni pu3 tau ramai yg suka buat. Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda. Erm, kalau tak silap pu3, tidur selepas makan blh meningkatkan CRP(kadar kolestrol dlm darah). Tp tak sure la plak,hehehe(I`ll check it back). Kita tidur kan utk rileks. Pabila kita tidur, tubuh menjadi sgt rileks ,cells dlm badan mula minimumkan aktiviti masing2, terus berehat perhaps( tp jantung tak pernah rehat tau!). Dlm keadaan ini, pergerakan usus amat minimun menyebabkan less energy diguna. Then, terjadi la perut buncit kerana pengumpulan lemak berlebihan ! Tak nak jadi gendut, cuba elakkan tabiat terus tidur selepas makan yer.

p/s : Semua ini adalah dilarang hanya selepas makan yerp. Jgn silap paham lak. Erm, kita makan utk hidup, bukan hidup utk makan! So berpada-padalah time makan tu yer. Cara makan paling ideal sudah tentunya cara junjungan mulia Muhammad SAW makan. Makan apabila lapar n berhenti sebelum kenyang! Hargai nikmat "sihat sebelum sakit".

Friday, June 25, 2010

::pu3 CINTA kamu::



Pu3 cinta kamu!! Sejak akhir2 ini pu3 benar2 rindu kamu, tak tahu apa puncanya. Saban waktu, satu persatu memori indah bersama kamu galak berputar di kotak fikiran. Bukan kupinta hadirnya cinta, tapi sekali cinta datang bertamu memang takkan pernah terpadam. Pertemuan kita tidak pernah dirancang. Cinta kita datang tanpa disangka-sangka. Jalinan yg terbina antara kita amat unik dan sukar ditafsirkan dengan kata2. Pu3 sendiri tak pernah terfikir akan mencintai kamu sehingga tahap ini. Entah bila ia berputik dan mulai subur dalam jiwa pu3. Apa yg pasti, wajah kamu tak pernah sirna dalam bayangan memori. Bahkan sentiasa segar!

Buat Umi, Abah and my dearest siblings, pu3 cinta dia tak bermakna kalian pu3 ketepikan. Dalam hidup ini pasti akan ada sesuatu terindah yg ingin selalu dikenangkan. Bagi pu3, kalian adalah nikmat terindah yg puteri miliki. Family first! Famili adalah segalanya bagi pu3. Tapi pu3 tak boleh nafikan yang dia juga penting dalam hidup puteri. Dia juga segalanya bagi pu3. I'll make sure that my heart has enough spaces for all of you kerana hidup pu3 penuh erti dengan hadirnya kalian. Cuma kali ini pu3 rasa nak nukilkan sesuatu buat dia kerana dialah yg puteri cintai. Yaa..pu3 cintakan sahabat2 pu3 sepenuh hati pu3!

Hari ini kenangan itu datang bertamu lagi. Kali ini pu3 biarkan empangan mata ini retak. Air jernih mengalir perlahan di celah2 rekahan. Biarpun tidak laju, tapi ia adalah air mata kasih! Pu3 tak tipu!! Pu3 sayangkan kamu demi Allah, pemilik segala kasih sayang. Kali ini, tangan ni laju je nak mencoretkan sesuatu buat kamu. Pu3 nk kamu tahu bahawa kamu tak pernah pu3 lupakan. Pu3 nak kamu tahu betapa besarnya erti kehadiran kamu dalam hidup pu3. 


Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah:
“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.”


Pu3 nukilkan sesuatu buat jiwa yg kurindui
jiwa yg sering mendidikku, berselisih pendapat denganku, memujukku,
 bergurau denganku dan meniup semangatku
suka duka bersama kamu nikmat teragung dariNYA

Pu3 coretkan monolog ini buat jiwa yg kusayangi
jiwa yg mengajarku derita perjuangan bukan 1 bebanan tp 1 latihan
jiwa yg mengingatkanku gundah perjuangan bukan 1 ancaman tp 1 didikan
jiwa yg menyedarkanku mehnah perjuangan bkn 1 kesengsaraan tp 1 kekuatan



Tika ini, waktu bagaikan begitu lambat berputar
melewati detik2 yg sukar sendirian bkn sesuatu yg mudah
dada terasa sesak, termendap kelodak sedih,perit! Hanya itu yg mampu kuucap
Aku sedar aku di tengah ramai, tapi tetap kurasa sendiri..Kenapa??
Kerana aku juga insan biasa yg punya rasa
Kadang2 aku lelah dgn kerenah org sekeliling
sukar sangatkah menerima sOrg teman yg cuba menjadi jundu Ilahi??
aku tahu aku bnyak kurang dari lebih, aku hanya sOrg hamba kerdil
sudah sedaya mungkin kucuba mengerti mereka, namun aku tetap sOrg aku
tapi terima kasih juga buat mereka, kerana buat aku sedar diam itu emas
kerana buat aku sedar hidup si da`ie itu tiada makna tanpa rasa perit
saat itu aku benar2 rindu kalam pembakar semangat juang darimu
kerana kita dalam minda yg satu, kau lebih mengerti onak liku hidup sOrg aku
Saat hati resah, wajah kamu segera bertandang
ketahuilah, saat itu aku harap kamu yg hadir di sisi
tapi semua itu hanya harapan yg aku tahu tiada akan mnjadi pasti
aku sedar hakikat diri sOrg musafirah ilmu
jauh merantau demi impian diri
namun kita tetap menuju matlamat yg sama
Aku sedar hidup sOrg pejuang itu takkan pernah senang!
Tapi kadang2 aku lemah
saat itu aku perlukan kamu sebagai telinga yg setia
saat itu aku perlukan lisan yg menuturkan irama mutiara hikmah , moga semangat ini kembali membara
dan saat ini kolam mata terasa melimpah, puas ku nanti titisan jernih merembes keluar
biar dibawa bersama segala pedih yg bersarang
tapi hampa, air melimpah tapi tiada tumpah?! 
termanggu daku kelu tanpa bahasa..keliru!
Namun hakikat hidup akan ku akur, inilah jalan yg kupilih!
Akan kubina tugu iman itu, biar kembali gah membentengi sabar dan redha..

Pu3 tujukan nukilan ini buat jiwa2 yg sentiasa diingati
saat pu3 terkenangkan kamu, pu3 harap pu3 juga dihati kamu
saat pu3 tekad meninggalkan kamu, diri tertanya sudikah kamu menungguku?


“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Aku rindu pada saat segala rasa kita simpul menjadi satu, tika itu hempedu pun terasa manis! 


Tuesday, June 8, 2010

::Hanya ini kudratku::


Seingat puteri, sejak daku tahu peduli akan dunia sekeliling(kecil2 dulu) sehinggalah sekarang, isu Palestin sentiasa mandapat tempat dalam setiap  siri berita. Minda kanak2 dulu  pernah terfikir, "Betul ke ada dunia macam Palestin? Macam tak pernah nak aman je. Hari2 ada berita terbaru pasal Palestin, ada orang kena tembak la, kena bom la. Macam tak logik la plak sebab biasa kalau ada PENJAHAT, akan berakhir dgn ditangkap hidup2 atau mati tertembak oleh POLIS."  Itu hanya bicara minda seorang kanak2 yg banyak terpengaruh dgn drama bersiri GERAK KHAS (dah nama pun budak, fikir pum cam budak gak la..). Hakikat sebenar nyata lebih pahit. Diari penderitaan Palestin  seolah-olah satu siri drama perang yang sangat panjang ; drama ngeri tanpa penutup.  Setelah sekian lama, rakyat Palestin terpenjara di negara sendiri dan hak2 mereka terus menerus dinafikan.

Kekejaman Zionis tebaru ke atas aktivis2 'Armada Kebebasan'  memang menyentak seisi dunia. Puteri tak perlu susah2 ulas isu ni panjang2 coz ramai yg lebih `arif. YAHUDI MEMANG KEJAM!! Puteri yakin dan tersangat pasti bagi mereka yg mengikuti perkembangan kisah ini, 1001 rasa bercampur dalam jiwa yg satu, jiwa sOrg MUSLIM. Marah membara dgn geram yg membuak-buak, dlm masa yg sama sedih turut mencengkam jiwa. Buktinya, bertubi-tubi mesej berangkai di'fwd' ke sana ke sini.  Dalam masa yg sama, puteri tak nafikan rasa cemburu turut mengisi ruang hati. Yer, cemburu! Cemburu yg sangat kerana mereka terpilih! Allah campakkan keberanian dalam jiwa2 aktivis itu sehingga  nyawa dijadikan perisai untuk membentengi hak saudara2  yg terus tertindas. 

Sejak dulu, ada satu impian tersimpan jauh di lubuk hati. Impian utk turut sama dalam misi kemanusiaan membantu saudara seagama. Hati ini bagai disiat-siat setiap kali ada berita ada yg sengsara di daerah sana sedangkan kelompok di sini masih mampu ria ketawa. Walau impian itu sentiasa direfresh, puteri masih tak yakin yg puteri mampu utk ke sana,ke  Palestin! Adakah semangat si kerdil ini sekental mereka yg akhirnya tumbang sebagai syuhada'?? Puteri tak yakin yg akn menjadi seberani mereka yg tanpa sebarang senjata tetap bermati-matian mempertahankan hak daripada dirampas musuh LAKNATULLAH . Walau jiwa sentiasa meronta untuk bisa realisasikan impian, tp saat ini kudratku terlalu lemah . Sehingga kini, hanya ini yg mampu puteri lakukan, memerhati dan membantu dari jauh.

Memang diakui, Palestinians; tak kira lelaki mahupun wanita, kecil mahupun dewasa, remaja mahupun tua, sihat mahupun sakit; mereka sama2 berjuang bermati-matian demi tanah air mereka. Walau tanpa senjata canggih, usah ditertawa anak kecil yg  membaling batu. Walau hanya kudrat sOrg wanita, jgn diperlekah hawa yg mengangkat senjata. Apa yg mereka lakukan adalah jelmaan ruh jihad yg membara demi melawan musuh2 Allah. Satu yg pasti, berani mereka kerana AllahJuang mereka demi syiarNya. Tapi itu jihad mereka! KITA??? Takkan saban waktu kita yg mengaku sOrg MUSLIM ni hanya ingin jadi pemerhati dan membuat ulasan tentang apa yg berlaku? Apabila kekejaman bermaharajalela, apa yg kita dapat bila hanya sekadar melontar kejian n mengutuk habis-habisan tanda protes?

Walau kudrat kita terlalu kerdil jka nk dibandingkan dgn kecanggihan senjata ZIONIS ,  still there`s something that we can do! Lupakah  kita? Sekerdil-kerdil Ababil tetap mmpu musnahkan tentera bergajah andai itu yg Allah inginkan.Istiqamah dalam memBOIKOT barangan serta servis syarikat milik YAHUDI jgn dipandang remeh kerana ekonomi adalah tunjang kekuatan sesebuah empayar. Paling penting, kita ada senjata yg plg tajam, DOA!  Kita nak berdoa biarlah betul2 berdoa. I mean berdoalah dgn penuh penghayatan. Biar lisan lancar melafazkan , hati pula menghayati setiap bait kalimah yg tertutur lalu minda laju menafsir penuh pengharapan. Tak guna berdoa dgn merdu lagi syahdu tp hakikatnya hati lansung tak tersentuh. Berdoalah dgn penuh kefahaman seiringan dgn perasaan. Andai benar hati ini marah akan YAHUDI LAkNATULLAH, luahkan segala rasa dalam setiap kalimah doa kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Allah suka bila mendengar hamba2Nya merintih penuh mengharap. 

Sebut pasal berdoa, puteri nk kongsikan sedikit tentang Qunut Nazilah coz  masa freedom flotilla diserang , kita sibuk membicarakan perihal ni. Puteri tau ramai yg lebih arif, cuma rasa terpanggil utk berkongsi kerana ada yang  tak tahu Qunut Nazilah tu boleh dibaca utk setiap solat fardhu, i mean baca semasa solat, bukan sekadar baca doa Qunut Nazilah selepas solat.

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: 
"Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.


Dalam sejarah Islamqunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah. (Rujuk hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam kejadian lain, puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan meminta pertolongan Nabi untuk menghantar tentera bantuan dalam memerangi musuh mereka. Baginda mengabulkan permohonan itu dan mengutuskan 70 pejuang Ansar yang dikenali sebagai penghafaz al-Quran pada masa itu. Mereka adalah pencari kayu pada siang hari dan solat tahajud pada malam hari. Ketika tiba di satu tempat bernama Perigi Ma'unah, kawasan al-Najd, puak Arab berkenaan mengkhianati Nabi dan menyembelih semua pejuang utusan baginda itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Safar tahun 4 Hijrah. Selepas berita memilukan dan menyedihkan ini, Nabi membaca qunut nazilah untuk kebinasaan puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan selama satu bulan. (Rujuk hadis riwayat Bukhari) 

For further informations, klik link di atas. Dan utk lebih faham tentang Qunut nazilah , rajin2 la baca sini yerp=) . Sama2lah kita berbakti pada agama tercinta sekadar termampu. Andai takdir  kita hanya mampu membantu mereka yg menderita hanya dgn berdoa, maka berdoalah tanpa jemu. Percaya atau tak, kita ada senjata yg lebih berbisa dari senjata canggih ZIONIS, iaitu DOA!! Kesatuan akidah umat islam sememangnya menggetarkan hati musuh2 Allah. Satu persoalan yg hanya iman masing2 mampu menjawabnya, bilakah umat Islam akn bersatu??! Hari itu pasti kutunggu kerana saat ISLAM berpadu dari segenap ceruk dunia, tiada lagi tawa dari musuh2 laknatullah. Maka ketika itu, bergemalah takbir di segenap ruang dunia menyaksikan kekuasaan Yang Maha Esa!

p/s: I did it! I hardly pushed myself to use proper words for this post =)

Tuesday, May 25, 2010

BARU SELESAI 1~

Perjuangan masih belum selesai, perjalanan masih jauh lagi. Fatrah imtihan yg hampir 2 bulan utk selesaikan hnya 4 subjek memang betul2 menguji jiwa n raga. To confess frankly, sehingga hari ini, dh beberapa kali agaknya mata ni berair ,huhu. Yelah, start kelas lewat about 2 months dr org lain. Kita mula masuk kelas, beberapa chapters dh tamat lectures. Nk biasakan diri dgn medical terms plak amik masa bukan sehari dua. Blh dikatakan, dalam sebulan pertama, pu3 sdiri xtau apa yg sdang belajar. Masa tu blh dikatakan bnyk hafal yg xfaham. Rasa sedih mmg xboleh nk dibendung bile terkenangkan kita masih lagi bertatih saat org lain dh mula berlari. Plus, liat nk buka buku terus jadi musuh utama. Huk2!

Tapi ini lah adat org belajar. Kejayaan xkan datang bergolek sebelum kita kenal erti kesusahan. Yakin dgn suatu perkara: Allah xkan uji hambaNya melebihi kemampuan! Buat sahabat2 medic, teruskan berjuang. Pabila rasa tak tahan menghadapi semua ini, rasa tak mampu utk ingat sume fakta yg sememangnya bnyak, jgn  kesal dgn jalan yg telah kita pilih. Tiada salah menangis kerana rasa diri ini lemah, tp jgn pernah mengeluh dgn takdir Allah. Jalan yg kita pilih sememangnya jalan penuh onak. Yakinlah, sudah selayaknya kita utk terima semua tekanan  ini krn kerjaya yg menanti lebih bnyk cabarannya. Deal dgn nyawa org bukan perkara remeh. Apepun, sentiasa tajdid niat! Kita hanya penuntut ilmu Allah. Walau sekeras mana usaha kita, tp tnpa rahmat dan izinNya, kejayaan tetap bukan milik kita. So, study2 gak, hubungan ngan Allah n juga hbgn ngan org skeliling, ibu ayah, famili n rakan2 jgn pernah dipandang enteng!

Cerita pasal exam cket. Semalam ada oral exam. Alhamdulillah, dh selesai Anatomy, subjek yg best tp paling menguji memori. Huhu. Mana xnyer, all the body stuctures should be well-imagined in the mind. Dalam erti kata mudah, kalau takde imiginasi yg baik, mcm mane nk senang ingat surface anatomy, blood supply, nerve supply, relations to each parts n surfaces n bla...bla..blaa... Walau utk exam, xsemua yg belajar itu penting, tapi actually tak de yg tak pnting kalau betul2 nk jadi doctor. One day, every inch of the human body will be in my mind! Huhu..Blh cayer ke ni?? xpe, azam adalah titik mula usaha, usaha itu tangga KEJAYAAN!! Pu3 masih menanti, bilakah "one day"  itu agaknya? Body manusia ni nampak jew simple, tp hakikatnya very complex! Subhanallah, Allahuakbar! Begitu cantik susunan organ2 dan system lam body kita kan?

Ok, back to the topic. Seperti yg dijangka, pabila angka giliran pun dah last, turn pun last gak ah. Jadi org last ni bnyk untung gak coz dapat doctor yg sportim..huhu. Slps beberapa soalan ditanya, last skali doctor bg chance kat pu3 utk cakap jew ape yg pu3 nk cakap. huhu.. Soalan bonus tue! Alhamdulillah Ya Allah. Semuanya smooth skali.

Pepun, still xboleh nk aim utk high marks. Xcukup preparation lagi. Written aritu pun, aduih~ susah nk cakap! Sekarang ni tinggal tawakal je lah. Usaha dh, jwb pum dh, dapat berapa lepas ni redha je lah. Moga berita gembira menanti utk ku hadiahkan buat ayah bonda tercinta! Ameen~

Selesai sudah satu, tapi still ada written n oral utk 3 sbjek lagi. Doakan pu3 n kengkawan yerp. Moga Allah permudahkan segalanya. Buat kengkawan, especially ahli bait tercayarm, keep struggling. Masa masih ada. Don`t  move even an inch till the last buzzer sounds! Jom balik sama2 tahun ni yup..Huhuhu..

Akiramenai!!

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going


Tuesday, May 11, 2010

Daku pingin jadi sepertinya, tp bisakah??

Puteri terima kisah ini dari Fwd emel. Rasa2 xrugi utk dkongsi bersama satu kisah yg benar2 memberi pengajaran kpd sesiapa sj yg masih punya nurani. "Muntahlah atas tangan Amid." Mohon izin utk di'publish'kan dlm blog ni yerp. Selamat membaca semua!

17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid. Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan.. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid ddk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kpd saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?" Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. 
Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akn menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya. Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya..

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira 2km dari rumah untuk memastikan lembu kambing yg sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dlm kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu. Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir. Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak. Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira 2km dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan. Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang..

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. Cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi.. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sdh ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi. Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;


ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Followers