Saturday, March 19, 2011

COUPLE @ JUAL MAHAL??


Fuhh~ dah lama bebeno mind booster menyepi.
Sejak2 jadi 'pelarian kehormat', liat plak tangan nk update blog. 
Okkeh, kali ni kena paksa gak jadi rajin. Chayok!! 
Ase nak membebel la plak,, huhuhu.. layannnnnnnnn :-)


Zaman sekarang, sape xkenal facebook o nama mnja nyer FB?? 
Haaa, org luar bndr pun dah berderet join FB tau. 
Join FB, nk aktif o pasif, it`s up 2u. Yg tu Pu3 xnak amik kesah. Tp, ntah.
Bila bukak jer FB teman2 lama, terkilan gak jadinya. Sedih melihat teman2 pu3. 
Ape nak jadi dgn budak skolah agama zaman skrg???! 
Seakan-akan menjadi budaya n satu kemestian ghulam wa ghulamah (remaja) zaman skrg ni couple. 
COUPLE?? Perlu ke ek??


kebetulan plak, mase tgh explore dunia, pu3 terjumpa satu artikel bab couple neh.. Pu3 nk share la cket dgn kome2.  Credit to artikel asal :)




Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.


Dah baca sampai sini, jgn silap sangka yer,  
yang atas2 tu bkn tgn pu3 yg menaip..juz copy n paste..hehe
pu3 bukan perasan baik, kebal o alim k pape
tp rasa terkilan sgt bila terkenangkan kwn2 yg jauh berbeza drpd mrk yg dulu
salah akukah teman2ku berubah??
teringat zmn skolah dulu, dalam klgn kengkawan, esp pimpinan pelajar
pu3 antra yg berjiwa nakal.. bnyk kerenah gak
tp pu3 ttp ampuh berdiri krn ad mereka dcc
selalu menegur apabila pu3 salah, 
nasihat xputus bila pu3 tersilap langkah
pu3 masih ingat, 
shbt  lantang bersuara dalam meeting muhasabah pimpinan ,
bila dpt tau ad shbt seperjuangan  yg tergelincir, 'terc0uple'  :(
tp skrg..........
mmg benar, meniti usia remaja, tipu kalau mnsia normal tak pernah teruji dgn prOb hati
tp kwn2, ingatlah!! kita punya iman..
mengapa terus dambakan kasih mereka yg belum halal bgmu???
hati kita dh cukup sempit utk penuhkan dgn cinta halal.
masih ad Allah, Rasul utk kita cintai sepenuh hati
masih ad Islam n perjuangan yg perlu kita kasihi
masih punya mak n ayah yg perlu kita prihatini
masih ad famili, teman2 yg perlu kita sayangi
Allah tu Maha Berkuasa dalam membolak balik hati kita,
maka pintalah selalu moga hati2 kita terus pd landasanNya
jaga hati, jaga iman, jaga cinta! jgn biar ia ternoda ^,^

No comments:

Post a Comment

Followers