Sunday, May 15, 2011

Ibu Yang sekuat 1000 Lelaki

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, 

” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,
“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh,
 “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, 

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, 
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,
" Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, 

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,

”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, 

seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin. Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
Rujukan dari sebuah majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”

Andhika Al-Banjari Mtp



buat perindu cinta ilahi..
sOrg serikandi agama itu berjiwa bebas;
xsempit n xpula menyempitkan
namun di sekelilingnya tegak duri2 yg mampu mnjaga diri
sOrg serikandi itu kental..lasak
namun sisipan rindunya, sygnya, cintanya..
kelembutannya, mmg bisa mendamaikan hati yg gersang
mengembalikan bhgia yg hilang.
sOrg serikandi agama itu..
matlamatnya jelas!
berjuang bukan sekadar pd kata n tindakan
tp perjuangan itu menjadi sebahagian dr hidupnya n niat kerjanya
n yg plg penting,, dia tau n berusaha..
agar ALLAh CINTA PADANYA..

p/s : syukran awi2 buat my beloved umi wa abi.. tegar mendidik anak2 yg nakal, yg akhirnya jadi kami sprti hari ini.. sayang umi, rindu umi, sayang abi, rindu abi T_T

Wednesday, May 4, 2011

buat pemuda IsLam



Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.

Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.


Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 


”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya..... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”



Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang maksudnya: 


”Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”



Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah yang bermaksud: 




”Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.”




Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:




“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”




Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:




“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”




Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:




“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”


Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam. 

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.

Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. 

Kamu semua mengetahui –wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya:

“Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada 
kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

Thursday, March 31, 2011

muhasAbah c!ntA

Mood cintan ^,^.. huhu.
kesinambungan dari last post jer actually..
pu3 yakin ramai dh tau doa kat bawah ni
pu3 dedikasikan khas buat kamu para BIDADARI akhir zaman..
preventure is better than cure! Peringatan utk diri n juga kengkawan, xyah rjn2 nk berjinak-jinak dengan dunia cintan cintun yg bukan pd tempatnya..
Jagalah hati, jgn kau kotori..
jagalah hati, jgn kau nodai..
Teringat kelas semalam, kata ustaz..
hati n nafsu adalah satu, xley terpisah bagai lagu n irama
n sifat hati memang suka bnda kotor..
Hurmm....
Kalau Allah dah ciptakan pericardium utk lindungi jatung kita, 
juga pleura utk protect paru-paru kita..


dan peritoneum utk cover internal organs yang lain..
y not kita try protect yg nama 'qalbun' tu dgn lapisan yg protective gak..
agak2 ape ek??
pu3 xjmpa jwpn lain selain ma'rifatullah, kenal Allah dlm konteks btul2 kenal..
bila dah kenal, pasti akan jatuh cinta
n yg nama cinta akan Allah tu pasti ada iman yg berdampingan..
bila kita punya iman, psti kita akan usaha gak cmner pun utk buat ape yg Allah suka, n pastinya akn try very hard utk xbuat apa yg Allah tak suka..
iman adalah protector terbaik! betul x??



بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan karunia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin.
Ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin putera Al-Husein (sa) cucu Rasulullah saw (kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga) rujuk sini

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Saturday, March 19, 2011

COUPLE @ JUAL MAHAL??


Fuhh~ dah lama bebeno mind booster menyepi.
Sejak2 jadi 'pelarian kehormat', liat plak tangan nk update blog. 
Okkeh, kali ni kena paksa gak jadi rajin. Chayok!! 
Ase nak membebel la plak,, huhuhu.. layannnnnnnnn :-)


Zaman sekarang, sape xkenal facebook o nama mnja nyer FB?? 
Haaa, org luar bndr pun dah berderet join FB tau. 
Join FB, nk aktif o pasif, it`s up 2u. Yg tu Pu3 xnak amik kesah. Tp, ntah.
Bila bukak jer FB teman2 lama, terkilan gak jadinya. Sedih melihat teman2 pu3. 
Ape nak jadi dgn budak skolah agama zaman skrg???! 
Seakan-akan menjadi budaya n satu kemestian ghulam wa ghulamah (remaja) zaman skrg ni couple. 
COUPLE?? Perlu ke ek??


kebetulan plak, mase tgh explore dunia, pu3 terjumpa satu artikel bab couple neh.. Pu3 nk share la cket dgn kome2.  Credit to artikel asal :)




Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.


Dah baca sampai sini, jgn silap sangka yer,  
yang atas2 tu bkn tgn pu3 yg menaip..juz copy n paste..hehe
pu3 bukan perasan baik, kebal o alim k pape
tp rasa terkilan sgt bila terkenangkan kwn2 yg jauh berbeza drpd mrk yg dulu
salah akukah teman2ku berubah??
teringat zmn skolah dulu, dalam klgn kengkawan, esp pimpinan pelajar
pu3 antra yg berjiwa nakal.. bnyk kerenah gak
tp pu3 ttp ampuh berdiri krn ad mereka dcc
selalu menegur apabila pu3 salah, 
nasihat xputus bila pu3 tersilap langkah
pu3 masih ingat, 
shbt  lantang bersuara dalam meeting muhasabah pimpinan ,
bila dpt tau ad shbt seperjuangan  yg tergelincir, 'terc0uple'  :(
tp skrg..........
mmg benar, meniti usia remaja, tipu kalau mnsia normal tak pernah teruji dgn prOb hati
tp kwn2, ingatlah!! kita punya iman..
mengapa terus dambakan kasih mereka yg belum halal bgmu???
hati kita dh cukup sempit utk penuhkan dgn cinta halal.
masih ad Allah, Rasul utk kita cintai sepenuh hati
masih ad Islam n perjuangan yg perlu kita kasihi
masih punya mak n ayah yg perlu kita prihatini
masih ad famili, teman2 yg perlu kita sayangi
Allah tu Maha Berkuasa dalam membolak balik hati kita,
maka pintalah selalu moga hati2 kita terus pd landasanNya
jaga hati, jaga iman, jaga cinta! jgn biar ia ternoda ^,^

selamat tinggal Malasia(T__T)

currently kat zgzg sudaa..
balik dlm keadaan mngejut, dtg pun agk terkejut..
huhu
tima kaseh pd rkyat mesir..
kebangkitan mereka bukan shj berjaya tumbangkan si Hosni Mubarak,
tp jugak buat daku n tmn2 len dpt rasa cket sbnyk pengalaman termahal ni..
hidup dlm ketakutan, bkn krn keadaan kt luar terlalu huru-hara, tp sbb xtau ape2 yg sdg brlaku
hidup berlapar, walau sekejap tp cukup menginsafkan
hidup sbgai pelarian, tp pelarian 1st class wooooo!!! huhu
n yg pntg
kerana darurat, ad misi OPS PIRAMID
krn OPS PIRAMID, kami menjelah ke bbrapa ngara tnpa belanja sndiri..
huuuuuu
xlupa gak OPS SERAMBI MEKAH
dah kena pksa balik, kita ikut je lah
Kerana itu adalah yg terbaik yg Allah aturkan untuk kami..
tima kasih gak buat mereka yg taja package free ,
trip balik mlysia n trip blk egypt
tima kaseh kpd mrk yg bersengkang mata, mengerah keringat utk memastikan semua bjln lncr ^^
syukran awi2
tak lupa buat parents n mereka yg dtg KLIA ramai2 ,
nk mai anto daku yerp..hehe
luv u ol!
jumpa lg MALAYSIA!!!

Followers